DIFINISI MATI
Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.Maksud Firman Allah s.w.t :”Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat.”( Surah Ali Imran ayat 185 )Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.
Maksud Firman Allah s.w.t: “Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun.”(Surah al-A’raf ayat 34)Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.
Maksud Firman Allah s.w.t : “Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh.” (Surah an-Nisaa’ ayat 78)
HUKUM MENGINGATI MATI
Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud : “Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku”
Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah
1. Sifat berani.
2. Sabar.
3. Amanah.
4. Mempunyai kemahiran
dan ilmu yang cukup.
Carta Keutamaan ( Afdhal ) Ahli Waris Yang Utama Menguruskan Jenazah
Contoh : Jika uami yang meninggal dunia maka urutan dibawah menjadi keutamaan;
1. Isteri dan anak-anaknya lelaki atau perempuan.
2. Adik-beradik sebelah suami yang perempuan.
3. Ibu-bapa atau ibu-bapa saudara sebelah suami.
4. Adik-beradik sebelah isteri yang lelaki.
5. Orang awam seperti Nazir Masjid, Imam, Bilal atau
sebagainya.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARIS TERDEKAT
A) DISAAT KEMATIAN ( Ketika nazak )
1. Membersihkan dan mengemaskan badan pesakit – barang kemas- gigi palsu-potong kuku dll.
2. Ajarkan kalimah syahadah ditelinga kanannya.
3. Hadapkan mukanya ke arah qiblat dengan kakinya dilunjurkan ke arah qiblat
4. Titiskan air ke dalam mulut pesakit.
5 Peranan keluarga dalam mengiringi pesakit dengan bacaan Al-Quran
B) Setelah Meninggal Dunia
1. Selimutkan dengan kain yang bersih dan letakkan di tempat yang tinggi.
2. Tanggalkan pakaiannya.
3. Istinjak ( sucikan daripada najis )
4. Senamkan sendi tangan dan kakinya menggunakan minyak atau seumpamanya (sunat dilakukan sebanyak 3 kali,setelah meninggal, sebelum dimandikan dan sebelum dikapankan)
5. Rapatkan kedua belah matanya, ikat bahagian dagu dan pergelangan kaki dan qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang dan dibengkungkan bahagian perutnya untuk mengelakkan daripada kembung.
6. Hubungi pegawai masjid atau surau dan khairat kematian (mohon bantuan pengurusan)
7. Buat laporan polis
8. Uruskan pembelian kain kapan, peralatan mandi / tempat mandi, papan keranda (mengikut keadaan atau keperluan setempat)
9. Hubungi kereta jenazah dan penggali kubur.
C) Pembelian Alat Kelengkapan Kapan
1. 15 meter kain putih (bidang 60 ke 72 inci untuk orang dewasa mengikut keperluan jenazah)
2. 3 Bantal kapas atau 2 potong kapas yang berukuran lebar
3. 3 bungkus serbuk kapur barus / 1 botol losyen kapur barus.
4. 1 botol air mawar (mengikut keperluan)
5. 3 bungkus serbuk kayu cendana
6. 1 botol minyak wangi
7. 5 utas tali pengikat
8. Serbuk tanah untuk tayamum bagi mayat yang uzur atau kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan.
9. 1 botol body syampoo / mandian buih (350 ml)
10. Span mandi secukupnya
11. Gayung / getah paip
12. Kayu penyugi / berus gigi
13. Sarung tangan getah / plastik (digunakan untuk semua jenazah umum, kritikal dan HIV / AIDS.
14. Lain-lain keperluan mengikut keadaan jenazah
* Jug untuk mengisi air
* Limau nipis atau seumpamanya jika perlu
* Apa-apa jenis pewangi / spray / bakaran (untuk
persekitaran)
* Sehelai tikar berukuran sederhana
D) Memotong Kain Kapan
1. Ukur panjang jenazah dan lebihkan 2 hasta
2. Potong kain sama panjang sebanyak 4 helai
* 3 helai kain kapan
* 1 helai kain mandi ( jika perlu )
* Sehelai jubah dan serban untuk lelaki atau telekung
untuk perempuan (boleh ditambah kain sebagai
pakaian )
* Sarung tangan kain untuk istinjak
* 3 potong kapas mengikut ukuran jenazah
3. 2 potong diletakkan pada belakang badan jenazah
4. 1 potong pada atas dada jenazah
* 3 potong kapas berukuran 2 kaki setiap satu
5. Diletakkan pada bahu kanan hingga ke hujung jari
6. Diletakkan pada bahu kiri hingga ke hujung jari
7. Lilitan pada kepala
Atau
8. Potong 4 keratan kapas mengikut ukuran badan jenazah dan susunkan kapas tersebut secara melintang dari bahu hingga ke kaki jenazah
Atau
9. 2 helai kapas berukuran 2 ½ kaki x 7 kaki diletakkan dibawah dan diatas jenazah.
E) Peralatan Kelengkapan Mandi
1. Tempat khas memandikan jenazah
2. Besen / baldi untuk takungan air yang secukupnya (jika perlu)
3. Getah paip / gayung
4. 1 botol body shampoo / mandian buih
5. Sarung tangan getah dan kain untuk meruang
6. Sebuk kayu cendana
7. Span mandi
8. Serbuk kapur barus
9. Kapas gulung mengikut keperluan
10. Gunting
11. Pewangi spray / bakaran mengikut keperluan
12. Apron
13. Tuala mandi
14. Kain batik lepas yang mencukupi
*** tempat memandikan jenazah adalah tertutup, hanya waris-waris yang terdekat sahaja dibenarkan berada di dalam bilik / tempat tersebut.
JENAZAH HIV / AIDS
* Pengurusan jenazah HIV / AIDS adalah tanggungjawab
keluarga si mati sebagaimana juga fardhu kifayah dari
hukum syarak.
* Pihak hospital atau klinik kesihatan kerajaan tidak
menyediakan perkhidmatan jurumandi.
Mandi Jenazah Biasa / Normal
1. Senamkan sendi tangan dan kakinya
2. Siram dengan air mutlak sehingga rata keseluruh anggota.
3. Bersihkan jari / kuku tangan dan kaki, kedua cuping telinga,
lubang hidung, sugi giginya dan sunat disikat rambut dan janggutnya dengan NIAT memandikan jenazah ”Sahaja aku memandikan mayat ini kerana Allah Ta’ala”.
4. Duduk / sandarkan jenazah 10 -15 darjah.
Tekan bahagian kiri perutnya dengan tangan kanan dan instinjak bahagian punggung dan kemaluannya dengan tangan kiri yang berbalut (angkat dan renggangkan kaki kiri / kangkangkan sedikit kedua belah kakinya).
5. Wudukkan jenazah (di awal dan di akhir). ” Sahaja aku mengwudu’kan mayat ini kerana Allah Ta’ala”
6. Siram dengan air mutlak dan gosok bahagian atas badannya dengan menggunakan span mandi dan body syampoo dari kepala hingga ke kaki.
7. Siram dan gosok bahagian rusuk kanan dan diikuti rusuk kiri.
8. Mengiringkan badannya dengan rusuk kanan ke atas, siram dan gosok ke seluruhannya dan diikuti rusuk sebelah kiri
9. Terlentangkan badannya dan siram dengan air mutlak (bilas).
10. Sunat di ulangi 3 kali berturut-turut ke atas jenazah tersebut.
11. Siram 3 kali dari kepala hingga ke kaki dengan air mutlak yang bercampur air kapur barus dan kayu cendana (air sembilan dan jika perlu).
12. Salinkan kain mandi dan lap hingga kering.
13. Pakaikan lampin
14. lapiskan plastik lut sinar (jika perlu bagi jenazah kritikal sahaja )
***** Pengendali jenazah ( bagi semua keadaan ) disunatkan mandi selepas menguruskannya.
Mandi dan Mengkapankan Jenazah Reput / Hancur (Kritikal)
1. Bentangkan sehelai kain putih / jaring khas dan masukkan cebisan daging / tulang ke atas kain yang di pegang setiap penjuru.
2. Siram dengan air mutlak.
3. Wuduk dan mandikan jenazah hanya dengan niat seandainya bermasalah.
4. Siram dengan air mutlak bercampur dengan body syampoo sehingga di yakini bersih dan suci.
5. Cantumkan semua penjuru kain dan lipat dengan sempurna.
6. Bentangkan 3 helai kain kapan, sehelai plastik lutsinar dan kapas di atasnya serta ditaburkan serbuk kayu cendana dan kapur barus.
7. Letakkan jenazah tersebut di atas plastik dan kapankan dengan sempurna .
Mengkapankan Jenazah Biasa / Normal
1. Bentangkan 3 helai kain kapan.
*Bentangkan jubah dan serban untuk lelaki ,telekong dan
baju untuk perempuan.
*Bentangkan kapas yang panjang mengikut ukuran jenazah
dan taburkan serbuk kayu cendana, kapur barus di atas
kapas tersebut.
*Letakkan jenazah di atas kapas yang disediakan dan
disolek.
2. Bentangkan satu potong kapas yang panjang di atas dada jenazah daripada leher hingga ke kaki ( seandainya kapas itu membujur ).
3. Letakkan 3 potong kapas yang pendek pada bahu kanan, bahu kiri dan lilitan pada kepala kemudian pakaikan serban bagi lelaki / serkup kepala bagi perempuan.
4. Sembur /renjiskan pewangi.
5. Lipatkan jubah / telekung / kain kapan pada tubuh jenazah dimulai dari sebelah kiri ke kanan.
6. Ikat Jenazah dengan lima tali pengikat dan disimpulkan pada rusuk sebelah kiri jenazah.
7. Renjis dengan air mawar.
Solat Jenazah
i.Hukumnya fardhu Kifayah
Dari abi Hurairah ra bahawa ia pernah mendengar Rasulullah SAW berkata : ” Siapa yang keluar bersama jenazah dari rumahnya, kemudian ia ikut mensolatkan dan mengiringinya sampai ke pemakaman untuk memakamkan, baginya pahala sebesar dua bukit. Dan siapa yang ikut mensolatkannya kemudian ia pulang ke rumahnya (tidak ikut ke pemakaman), baginya pahala sebesar gunung Uhud”.
(HR Muslim).
ii. Solat jenazah dianjurkan dilakukan secara berjamaah.
* Jika yang hadir sendirian wajib dilakukan secara bersendirian.
SYARAT SAH SOLAT JENAZAH
i. Disyaratkan seperti solat wajib:-
*Menutup aurat
*Suci dari hadas kecil / hadas besar.
*Suci badan / tempat / pakaian.
*Menghadap kiblat
ii. Jenazah yang akan disolatkan hendaklah terlebih dahulu dimandikan dan dikafankan.
RUKUN SOLAT JENAZAH
i. Niat
ii. Berdiri bagi yang kuasa
iii. 4 kali takbir termasuk takbiratul ihram
iv. Membaca Fatihah selepas takbir pertama
v. Membaca selawat atas Nabi selepas takbir kedua
vi. Doa khusus bagi mayat selepas takbir ketiga
vii. Salam selepas takbir keempat
SOLAT GHAIB
i. Menurut pendapat Imam Syafie dan Hambali mereka membolehkan solat ghaib.
ii. Menurut pendapat Imam Hanafi dan Maliki mereka tidak membolehkan kerana hadis di atas bersifat khusus untuk Nabi SAW.
PENGURUSAN SELEPAS PENGKEBUMIAN
A. PENGURUSAN HARTA SIMATI
1. Pembayaran hutang piutang
2. Fidyah puasa
3. Zakat
4. Badal Haji
5. Nazar (jika diketahui)
6. Wasiat
7. Pembahagian harta peninggalan simati
HIKMAH MENGINGATI MATI
Dengan mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangannya.
Serta bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarganya.Timbul rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak disebut orang dengan kebaikan.
Lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredhaan Allah.
Renungan
Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalanya melainkan 3 perkara; amal solehnya,sedekah jariahnya dan anak-anak solah yang sering mendoakan kebaikkan untuk dirinya. Maksud Hadis
Nota ; ini adalah sebahagian dari nota / teks kursus pengurusan jenazah dan selebihnya akan dijelaskan secara terperinci dalam kursus pengurusan jenazah.
Dicopypaste dari blog melurjelita.com
No comments:
Post a Comment