Pages

klik sini sekali

Tuesday, October 5, 2010

Nasi Buaya

Cerita seorang pelanggan tegar kedai mamak.

Saya cukup kagum dengan mamak. Mana-mana kita pergi mesti ada kedai mamak. Kawasan perumahan yang baru bukak pun kedai mamak nombor satu ada. Ada yang bukak 24 jam. Boleh bertahan bertahun-tahun. Jarang benar kita dengar kedai mamak tutup sebab bankrup. Apa keistimewaan saya pun tak tau. Tapi yang saya tau, saya suka jumpa dan borak dengan kawan-kawan kat kedai mamak sambil minum teh tarik. Bukan sedap sangat pun teh tarik mamak. Sedap lagi teh tarik buatan isteri saya. Tapi semacam ketagih pulak bila malam nak jumpa kawan sambil minum teh tarik.
Cerita kedai mamak ni macam-macam versi. Ada cerita lain yang saya nak kongsi. Kedai mamak ni kadang kita susah nak beza, mana satu mamak mana satu india. Depan kedai ada kalimah Allah. Bahagian belakang pulak di gantung nya gambar patung dia. Kadang tu dia mengaku mamak, tapi semua pekerja dari India, siap ada titik kat dahi.
Satu hari saya masuk la kedai mamak ni. Saya tengok ada sorang pekerja baru. Nak test la kononnya. Bila saya dan kawan-kawan duduk datang la pekerja baru tersebut. Nak ambik order ni. Kawan-kawan saya pun order. Tau la kedai mamak ni bukan byk menu pun. Kawan-kawan saya order menu yang biasa, pasti pelayan ni pun sudah di ajar dan hafal semua menu yang ada. Tapi macam mana dengan menu yang tak ada? Tiba giliran saya. "Teh tarik satu". Dia angguk dan senyum. "Nasi buaya satu". Dia angguk juga. Dia menulis sambil bercakap dengan suara yang perlahan dalam bahasa ibundanya. Kemudian dia pun beredar. Tidak lama kemudian dia datang semula dan mendekati saya. "Nasik buaya. Abis". Saya pun senyum. Sebenarnya saya bukan nak makan. hehehe......saya pulak yang tekena balik dengan india yang baru sampai Malaysia.

2 comments:

kamaludin said...

Ini macam cerita Suahimi(Wak Sukem) je

misza said...

A'ah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...