Pages

klik sini sekali

Monday, October 31, 2011

ASST laris di pasaran

***********
sebanyak bintang yang bertaburan dilangit 
Novel pertama karya Melur Jelita
Terbitan karyaseni. tebal seyyh 1056 m/s.

Assalamualaikum...
Kepada peminat novel, jangan ketinggalan untuk memiliki 
novel terlaris abad ini. hehehe..
Belum setengah bulan dipasaran dengarnya di sesetengah tempat 
dah kehabisan stock. Ramai yang kecewa nak memiliki novel ni. 
InsyaAllah kalau sambutan menggalakkan pasti ada 
cetakan ke2, ke3 dan seterusnya. memang tak rugi memiliki novel ni. 
Walaupun bukan novel Islamik(diakui sendiri oleh penulis) 
tapi banyak pengajaran yang terselit didalamnya.
Bagi yang telah membacanya pasti tau keistimewaan ASST.
Novel best, nak kenal penulis tak???heh.heh...
Penulisnya seorang perempuan, peramah, 
baik hati dll yang amat positif di mata saya(mata orang lain tak tau la).
Mengenalinya sebelum ada ASST lagi ,tak begitu rapat 
(tapi terasa begitu dekat) di sebabkan sikapnya.
Kalau nak berkenal mesra dengannya sila berkunjung ke 


p/s buat kak Melur Jelita, tahniah diucapkan. saya tetap menunggu novel akak yang seterusnya. pesanan ni bukan paksaan, sekadar harapan jer.(boleh diabaikan, ikut mood akak ler.hi3) 
gbr ni amik sapa punya ntah(x ingat)

Friday, October 28, 2011

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih

Assalamualaikum...
Kemudahan dan kemajuan memang tak boleh nak dinafikan.
Banyak perkara boleh dilakukan hanya dengan hujung jari.
Adakah ini akan buat saya jadi malas?mungkin ye dan tak. he...
Entry ni bukan tujuan nak cerita pasal kemajuan ataupun
pasal malas. Yang tu biar yang berkenaan yang tentukan.
Terpulang pada individu.
Sekarang nak bagitau(pada yang belum tau) pasal beli novel
secara online. Barang lain pun banyak gak, tapi lain kali cerita.
Sebelum ni selalu pegi kedai, tapi kadang tajuk novel yang
dicari tak jumpa. Bila tanya depa kata: "dah habis la kak. Kami
dah order tapi dia orang belum hantar". Alamatnya kena la
datang lain kali.
Melaui rakan fb saya pun bermula la meng order novel secara
online. Memang puas hati. Termasuk cuti hujung minggu dan cuti
umum 5hari pos laju dah samapai depan rumah. Dan yang paling
bestnya adik pos laju tu siap call.
"Saya kat depan rumah akak ni, ketuk2 xde orang la. Saya tinggal
kad akak ambik barang kat pej pos Taman Shamelin ye?"
"Ala...akak malas nak nakgi sana. hantar kat ofis akak boleh?"
 "Akak bagi alamat, nanti saya hantar. Sampai ofis akak nanti saya call".
Baik betul adik pos laju ni. Sebenarnya saya telah tersilap memberikan
alamat rumah pada KN. Sepatutnya lebih senang guna alamat ofis.

Terima kasih buat melurjelita.com(lynn othman dan semua yang terlibat),
KakiNovel dan pos laju(terutama adik yang bertugas di kawasan saya ni).
kerjasama yang amat2 dihargai.

Thursday, October 13, 2011

SELEPAS LEBIH 20 TAHUN

Assalamualaikum...
Indahnya bila mengenang zaman sekolah. Banyak kenangan manis yang buat kita senyum² sendiri. Setelah 24 tahun berlalu, ekoran dari majlis rumah terbuka hari raya(pertemuan dgn fiza&ani) kami merancang untuk mengadakan gathering kecil²an. Excited sangat nak bertemu takut pulak nak jumpa kat luar.Mana la tau kot boleh roboh restoran nanti. hi³... Salah seorang dari kami ofer buat kat rumah dia saje. Sebuah rumah semi-D (di sek 7, Shah Alam) yang cukup selesa.
 
anizah, huzaimah, ani, mis, sue, shike, fiza, alin.
duduk ruby, chik. wan(tuan rumah)
 Bila jumpa memang riuh yang teramat la. Ada yang masih kenal rupa, tapi tak ingat nama. Maklum la dulu zaman budak². Mestila ada perubahan. Nasib baik sebelum ni dah ada yang pernah jumpa(huzaimah,fiza&ani). Depa kata saya yang paling banyak berubah. Kalau tak jenuh la nak tunjuk IC. hee....


terlebih happy, lupa sekejap pada status
 Walaupun ada yang berubah dari segi penampilan, tapi sikap tetap sama. Berubah mungkin sebab faktor pekerjaan. Yang dulu agak pendian sekarang dah berjaya buat MLM, mestila dah jadi terlebih peramah. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...