Pages

klik sini sekali

Tuesday, October 5, 2010

KISAH BUDAK TENSION

Aku nak spm tahun ni. Tinggal berapa hari je lagi. Dah sedia semua ke? Entah la, tak tau nak kata. Aku anak sulung. Lelaki lak tu. Harapan mak & abah. Kalau aku tak lulus mesti depa frust. Tu satu hal. Aku pulak nak buat apa kalau tak lulus. Dah la tak dpt plkn. Nak melangut aje. Mesti mak aku bising. Mak kalau dah mula membebel kalah machine gun israel. Sakit telinga dan sakit kepala aku dengar. Sekarang ni aku dah mula tak sihat. Demam, batuk, selsema. Makan ubat sampai abis stok. Ni dah mesej kat mak suruh datang bawak pegi klinik(lupa nak bgtau, aku duk asrama). Tak tahan rasanya. Malam mak @ abah dtg. "Terima kasih mak, abah. Maafkan along susahkan mak dengan abah". Doktor pun cakap aku tension, stress sebab nak periksa. Mak pun bising, nak periksa tak jaga kesihatan. Aku study sampai tengah malam. Mak tak caya, salah aku juga. Kalau balik rumah aku chatting je depan pc sampai pagi. hik.hik. Kat rumah aku tak boleh study. Mak pun cakap macam tu, sebab tu dia suruh aku duk asrama. huhu...Boleh study dengan kawan-kawan.
Pertengahan tahun baru ni aku mintak nak duk rumah. Ulang alik pergi sekolah. Mak tak bagi, alasan mak mcm tu la. Pastu nanti sampai rumah dah letih. Aku pun faham. Lagi pun kalau duk rumah mak kena keluarkan duit tambang lagi tiap-tiap hari. Dah la kena hantar separuh jalan. Mak & abah bukan orang kaya. Kira pendapatan sekadar cukup untuk merasa hidup macam orang lain. Sebab tu dia nak anak-anak berjaya dalam pelajaran. Aku pulak terlebih ko korikulum. Semua aku nak main. Kalau kena keluar daerah pun aku nak pegi. Jawatan pulak usah cerita la. Kat sekolah pengawas. Kat asrama ketua asrama. ish³. Sampai markah koko aku terlebih-lebih. Siap tak bagi Mak & abah datang mesyuarat pibg. Lagipun aku tahun last kat sini.  yeehaa...
Ya Allah Ya Tuhan ku. Beri lah aku kekuatan & ketenangan dalam menghadapi peperiksaan. Aku tak nak tension². Mak & Abah Doakan anakmu ini...(w'pun aku tau mereka x penah lupa mendoakan yang terbaik buatku)...

3 comments:

kamaludin said...

Ini Rafik yang tulis ke Mis?

misza said...

maknya. dia pun tak baca lagi.

Kamarul Karmain said...

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...