Pages

klik sini sekali

Friday, June 14, 2019

Perkhidmatan #KTM ets

Di ketika negara dilapurkan semakin meningkat bilangan kanak-kanak & remaja hilang masih ada juga insan yang tidak berperikemanusiaan. Betul kalau ianya sekadar menjalankan tugas, tapi cuba beri sedikit timbangrasa dgn kata lain membantu.

Pada 23/5/2019 anak saya menggunakan perkhidmatan ETS Tapah Road(9.48pm) dijangka tiba di TBS(12.48am) 24/5/2019. Kesilapan telah berlaku dipihak anak saya atau mungkin dikaunter ketika membeli tiket. Diakui juga anak saya cuai kerana tidak memeriksa terlebih dahulu. Setelah tren bergerak menghampiri stesen Tg Malim pemeriksa tiket baru datang. Setelah mndapati tempat duduk ada dua penumpang punya nombor yang sama didapati tiket anak saya yang silap. Diakui disini kecuaian di pihak anak saya. Anak saya telah diminta turun walaupun dia merayu untuk berdiri sehingga ke destinasi kerana keesokan hari ada temuduga di KL. Tapi langsung tak dibenarkan dan terpaksa juga turun di Tg Malim. Ketika itu sudah agak lewat malam, kaunter pun dah tutup apatah lagi perkhidmatan komuter.

Adakah staff ini betul² mengikut SOP yang ditetapkan. Kalau atas timbangrasa pun dia@ktm tak rugi sedikit pun. Anak saya memang dah buat bayaran untuk harga tiket tu yang sememangnya tarikh keesokan hari tu dia tak naik.

Harap dimasa akan datang perkhidmatan ditingkatkan. Periksa tiket betul sebelum penumpang naik. Kalau terdapat kesilapan dipihak penumpang ktm pasti dapat mengesan dengan lebih awal. Tidak meletakkan penumpang dalam keadaan bahaya di stesen yang jauh dari tempat naik @ destinasi pada waktu yang tak sesuai.

Sekian, harap maklum.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...