Pages

klik sini sekali

Monday, January 21, 2013

Bantuan Khas Awal Persekolahan(BKAP)

Bermula hujung minggu lepas hingga awal minggu ini rm100 mula diagihkan kepada murid-murid melalui sekolah masing-masing. Ada pendapat mengatakan ibubapa yang gaji dah ribu-ribu tak perlu la nak beratur mengambil wang tersebut. Bagi la pada orang lain yang lebih memerlukan. Tapi rasanya ada ke yang akan berbuat demikian. Pemberian ini melibatkan semua murid sekolah tak kira ibubapanya warganegera ataupun tidak. Sebagai warganegara Malaysia biarlah anak-anak kita merasa wang pemberian kerajaan ini biarpun hanya rm100. Kalau dah tak memerlukan boleh saja di masukkan ke SSPN atau di dermakan pada tabung PIBG sekolah. Dengan cara ini dapat juga membantu pihak yang tertentu.

Hari ini ketika bantuan akan diagihkan disatu sekolah, terdengar kata-kata yang biadap pada pandangan saya dan juga orang lain yang turut sama ada disitu. Kita semua faham ramai ibubapa yang keluar pada waktu kerja untuk kesekolah. Tapi bukan ada yang memaksa. Sekiranya tidak dapat hadir pada hari ini masih boleh mengambilnya pada hari yang lain. Bukan cikgu nak ambil pun duit tu. Jadi sebagai bangsa yang berbudaya (bahasa jiwa bangsa) jangan lah terlalu menunjuk kebiadapan. Sedang di dewan sekolah Guru Besar berucap, segelintir bapa memaki hamun di luar. Bukan lama pun ucapan, sekadar 10-20 minit saja. Kalau mesyuarat PIBG pun tak sanggup nak datang, luangkan sedikit masa mendengar luahan Guru Besar yang sememangnya ringkas dan padat. Kalau duduk dikedai kopi borak boleh pulak berjam-jam.

Bapa-bapa seperti yang dinyatakan ini sepatutnya tak payah la ambil bantuan dari kerajaan yang tak seberapa ini. Sikap yang menunjukkan sentiasa tak berpuas hati. Tak pernah nak bersyukur dengan apa yang diberi. Diberi salah, tak diberi pun salah. Sendiri saja yang betul. Tapi betul yang orang lain tak boleh nak ikut.

Sebelum ni pada tahun lepas ada juga terdengar ketika bantuan RM500 di agihkan. Tapi masa tu hanya mendengar dari orang lain sebab tak terlibat langsung. Kini baru saya tau dan nampak sikap segelintir masyarakat ditempat ini. Tangan mengambil tapi mulut memaki hamun...

Semoga mereka-mereka ini sedar...


Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tinggal 2012

2012 menutup tirai, 2013 membuka tirai. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun lalu. Esok sessi persekolahan bermula dan hari ini anak-anak yang tinggal di asrama kembali. Bermula lah kehidupan seperti awal tahun sebelumnya. Bagi pelajar tingkatan satu yang baru nak memulakan kehidupan diasrama biasa-biasakan lah yer. tak boleh nak manja-manja lagi. Bangun perlu awal, solat subuh berjemaah, mandi pula kena ikut giliran. Kalau sebelum ni kat rumah suka lewat-lewat tapi kini tiada ibu@bapa yang akan bangunkan. Hanya kawan-kawan yang akan saling ingat mengingati.

Untuk permulaan mungkin agak sukar, tapi lama kelamaan jadi kebiasaan. Apabila dewasa nanti banyak kenangan yang akan menjadi ingatan paling manis bersama teman-teman. hubungan bersama teman lebih akrab memandangkan mereka sentiasa ada disisi. Belajar berdikari bersama rakan sebaya. Keadaan seperti ini tidak dirasai andai tinggal bersama ibubapa. Satu pengorbanan demi masa depan.

Bukan hanya anak-anak merasakan perubahan, tapi ibu bapa juga turut merasa kelainan. Bila anak seorang demi seorang tinggal di asrama mula la rasa sunyi. Nak masak @ makan sesuatu terkenangkan anak yang tiada disisi.

Semoga anak-anak ku berjaya dunia dan akhirat. Doa ibu dan bapa sentiasa mengiringi walau dimana jua. Semoga 2013 membawa kehidupan yang lebih bermakna. Salam sayang... Selamat Ulang Tahun buat Muhammad Ikhwan(4/1).

Al Fatihah buat arwah bapa yang meninggal 4 Januari 2004.
Al Fatihah buat arwah adik ipar yang meninggal 27/6/2011. Hari Ulangtahun kelahirannya pada 2 Januari.
Januari yang sering menggamit rasa rindu pada yang telah pergi. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...