Pages

klik sini sekali

Showing posts with label Luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan rasa. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Bantuan Khas Awal Persekolahan(BKAP)

Bermula hujung minggu lepas hingga awal minggu ini rm100 mula diagihkan kepada murid-murid melalui sekolah masing-masing. Ada pendapat mengatakan ibubapa yang gaji dah ribu-ribu tak perlu la nak beratur mengambil wang tersebut. Bagi la pada orang lain yang lebih memerlukan. Tapi rasanya ada ke yang akan berbuat demikian. Pemberian ini melibatkan semua murid sekolah tak kira ibubapanya warganegera ataupun tidak. Sebagai warganegara Malaysia biarlah anak-anak kita merasa wang pemberian kerajaan ini biarpun hanya rm100. Kalau dah tak memerlukan boleh saja di masukkan ke SSPN atau di dermakan pada tabung PIBG sekolah. Dengan cara ini dapat juga membantu pihak yang tertentu.

Hari ini ketika bantuan akan diagihkan disatu sekolah, terdengar kata-kata yang biadap pada pandangan saya dan juga orang lain yang turut sama ada disitu. Kita semua faham ramai ibubapa yang keluar pada waktu kerja untuk kesekolah. Tapi bukan ada yang memaksa. Sekiranya tidak dapat hadir pada hari ini masih boleh mengambilnya pada hari yang lain. Bukan cikgu nak ambil pun duit tu. Jadi sebagai bangsa yang berbudaya (bahasa jiwa bangsa) jangan lah terlalu menunjuk kebiadapan. Sedang di dewan sekolah Guru Besar berucap, segelintir bapa memaki hamun di luar. Bukan lama pun ucapan, sekadar 10-20 minit saja. Kalau mesyuarat PIBG pun tak sanggup nak datang, luangkan sedikit masa mendengar luahan Guru Besar yang sememangnya ringkas dan padat. Kalau duduk dikedai kopi borak boleh pulak berjam-jam.

Bapa-bapa seperti yang dinyatakan ini sepatutnya tak payah la ambil bantuan dari kerajaan yang tak seberapa ini. Sikap yang menunjukkan sentiasa tak berpuas hati. Tak pernah nak bersyukur dengan apa yang diberi. Diberi salah, tak diberi pun salah. Sendiri saja yang betul. Tapi betul yang orang lain tak boleh nak ikut.

Sebelum ni pada tahun lepas ada juga terdengar ketika bantuan RM500 di agihkan. Tapi masa tu hanya mendengar dari orang lain sebab tak terlibat langsung. Kini baru saya tau dan nampak sikap segelintir masyarakat ditempat ini. Tangan mengambil tapi mulut memaki hamun...

Semoga mereka-mereka ini sedar...


Monday, January 10, 2011

Jangan Jaga Tepi Kain Orang

Betul ke ni? Pagi pergi kerja petang balik rumah tutup pintu.
Esok pagi keluar lagi balik petang. Kalau jiran sakit ke, anak
dia lapar ke, tak yah ambik tau langsung. Kena ubah ni.
Kena 'jaga tepi kain orang' tapi 'jangan jaga dalam kain
orang'. Cuba baca kuat² & dengar sendiri. Bunyi macam  
pelik pulak kan.
Tapi maksudnya baik. Kita hidup bermasyarakat. Kena ambil
tau juga masalah jiran. Kalau dia susah kita 'wajib' tolong. Tapi
jangan la menyibuk sangat sampai kita nak ambil tau kisah
rumahtangga dia. Kalau dia perlukan kawan nak bercerita
masalah kita boleh jadi pendengar. Tapi 'awas' jangan jadi
'batu api'. Kalau ada pendapat yang membawa kebaikan boleh
juga usulkan padanya. Kalau tak ada & tak tau lebih baik diam
& dengar saja.Jangan pulak dipanjang² kan pada orang lain. 
Nanti jadi mengumpat pulak.

pic dari google
p/s kawasan rumah mewah biasa orang buat hal sendiri² saja.

Wednesday, January 5, 2011

Maafkan saya...

Salam.....
Sebagai manusia kita tak sempurna dan dapat puaskan
hati semua orang. Walaupun seseorang tu kita anggap 
peramah(di alam maya) kita masih tak boleh nak anggap 
dia sebagai kawan baik. Mungkin ada yang tak kisah kalau 
kita sering menyapa, tapi mungkin ada yang kisah. Ada 
sesetengah blogger memang saling mengenali bukan 
setakat didalam blog. Jadi memang dah kenal baik. Jadi 
kalau dapat tag dari yang memang kenal je dia akan buat. 
Kalau dari orang yang baru 'hai hai' ni dia tak layan. Lebih² 
lagi kalau yang tag dia blogger baru. 
Bagi saya kalau orang tag, insyaAllah saya akan buat. 
Cuma lambat @ cepat je la. Tanda penghargaan pada 
orang tu. Siapa la saya kan.Kalau tak tag pun dia pelawa 
kat shtmx pun saya akan join. Kalau saya tag, tapi depa 
tak layan pun saya tak kisah. Semua tu sekadar suka². 
Tak rugi apa pun. Tak nak la besar² kan.Sebab memang 
ramai juga blogger yang memang tak berminat nak join apa² 
GA @ segmen.  Semua ada minat dan hak masing² kan. 
Masing² ada cara tersendiri nak up trafik.
Minta maaf pada blogger yang pernah saya tag dan dia tak 
suka. Saya tak berkecil hati pun kalau depa tak buat. Cukup 
la sekadar kemaafan saya diterima. sedih ni. sob.. sob.. sob....


p/s entry ni hanya untuk meminta maaf. 
jauh sekali untuk menyalahkan sesiapa. 

Sunday, December 5, 2010

Masa Yang Terhad

Terasa begitu  sibuk bila dah hujung tahun. 
Dalam seminggu dua ni pulak macam² berlaku.
Banyak perkara yang kena buat dan selesaikan. 
Masa untuk berblog yang teramat terhad. 


Maaf pada kengkawan yang saya tak sempat
nak balas balik kunjungan. Malam ni dapat 
meluangkan sedikit masa tapi intenet pulak 
teramat slow. Nak follow tak boleh, nak tinggalkan 
komen pun tak boleh. Jadi buat la entry pendek ni
untuk tatapan kengkawan yang menyinggah. 
Bila ada kelapangan saya akan balas kunjungan
semua.......

Tuesday, November 30, 2010

HANYA UCAPAN TERIMA KASIH YANG MAMPU DIUCAPKAN

Alhamdullillah...semua berjalan dengan lancar. Terima kasih yang tak terhingga untuk mak(mil), kakak(tukang masak handalan), semua ahli keluarga, saudara mara dan kawan². Tanpa bantuan semua mungkin tak jadi la majlis ni. Kepada semua sponsor(yang telah mensponsor macam²) terima kasih daun keladi.hehehe... 

kambing panggang sponsoring by Jai.
      

Tuesday, November 23, 2010

ShoutMix Sakit....

Dari pagi tadi bukak je blog tengok shoutmix
tak berfungsi. Cuba la refresh tengok sama jer.
Jalan-jalan pulak ke blog kengkawan. Tengok
sama juga. Cuba masuk web dia pun tak boleh
juga. Hari ni(dari pagi hingga entry ni ditaip)
memang shoutmix tak boleh guna la kot.
Ramai sangat yang menjerit agaknya buat
dia semput. hehehe...
semoga lepas ni semua kembali pulih...

Alhamdullillah.....akhirnya aku lulus.

Pagi ni bukak je internet terus masuk website mii.
Alhamdullillah dapat B. hehehe. Kira ok la(bagi
buah nangka di luar pagar). Masa nak periksa
dulu duk tanya kawan² ada yang sampai kali
ketiga baru lulus, ada pulak yang tiga kali pun
tak lulus. Terus tak nak ambik dah. Tapi my sis
(& anaknya) kata senang jer nak lulus. Tak
kisah dapat gred apa asalkan lulus. C pun masih
lulus. Aku pun target nak lulus jer. Kalau tak lulus
nak ambik lagi kena bayar lagi, masa lagi.
Terima kasih pada semua yang memberi dorongan
dan membantu. Lepas ni tak tau lagi nak plan apa.
Relex dulu la. Tahun depan baru mula. Banyak lagi
nak settle sebelum abis tahun ni. hehehe...
Tahniah untuk diriku sendiri....

Saturday, November 20, 2010

Kerja Hujung Minggu.....

Kerja hari Sabtu ni macam boring jer. Mood hujung minggu. Kengkawan pun suka monteng² bila hari sabtu. Duk sorang² kat opis macam bodo jer. Dah la Hari Raya baru ni pun kena panggil kerja. Ada ke patut tengah makan sedap² kat rumah kakak depa call suruh datang.
Eh! esok pun kena datang gak. Tak da orang lain ker? Balik² kena juga. Sib baik sekejap jer. Kalau lama memang nak mengamuk. Tak pe, balik jogging mai sekejap. Pastu limit satu jam jer. Kalau lebih nak mintak alaun. Kalau tak dapat lain kali sorry la nak keje time cuti. Abis je waktu keje tak kan ku jawab panggilan pasal keje.  Nak off x le juga sbb hp ada satu jer. Nanti kot keluarga call nak bagitau hal penting susah pulak. Apa² pun keje. keje & keje. Minggu depan nak cuti......

Wednesday, November 10, 2010

Hati Yang Rawan

Hati yang rawan
Bagaimana harus kupendam
Pada siapa hendak kuluahkan
Sampai bila pula harus kutahan

Hati yang rawan
Ku sembunyikan di balik senyuman
Ku selimuti dengan keriangan
Ku tak mahu ketahuan teman

Hati yang rawan
Bagai api dalam nyalaan
Ku cari air untuk disiramkan
Namun minyak juga yang kutemukan

Hati yang rawan
Biarlah selamanya terus kusimpan
Walaupun bagai api didalam sekam
Semoga Allah memberi ku kekuatan....


Tuesday, November 9, 2010

Cerita bos 2

Dah lama bos tak datang ni. Depa dah menggelupor sebab tak dapat nak claim. Bila bos duk sini lama menggelupor nak belakon. Macam² wayang sampai dah kehabisan idea. Yang tak de keje pun buat² macam banyak keje(termasuk aku). Tapi aku suka simpan keje (special nak buat time bos ada). 
Hujung tahun ni aku pening betul la. Ramai yang nak apply cuti. Bos ni memang tak suka staf dia cuti. Kalau ada dua orang je apply cuti muka dia dah semacam. Tapi yang bestnya kita orang keje sabtu halfday. Kalau kena public Jumaat dia mesti sambung Sabtu, boleh pulak. Hujung tahun ni ramai yang nak holiday. Aku pulak macam² hal. Nak tenguk anak ambik hadiah kat sekolah, nak kenduri, semua nak kena cuti. Kalau letak je form kat atas meja dia, memang dia buat tak tau je. Boleh dia buat tak nampak je. Sengaja aku letak betul² depan dia, pun dia buat tak kisah jer. Aku kena inform satu² lak. Pastu orang lain punya cuti aku pulak nak kena menjawab. Sampai time aku punya cuti aku dah kehabisan idea, haru tol la...
Nape la dia tak suka staf cuti. Macam aku ni bukan banyak sangat keje, kalau aku keje 4 hari seminggu pun semua keje settle. Tapi tak boleh jugak kan, sapa nak jadi tukang jawab talipon. Lagipun dia dah bayar aku untuk keje 5hari + 1/2ari(kecuali cuti). hehehe...kalau cuti sehari je aku suka ambik el(walaupun dah plan). Pastu aku akan call awal pagi(memang dia tak angkat punya) & sms. Kalau dia nak kata apa pun aku memang dah cuti. Apa pun selagi mampu aku akan terus keje & terima segala kata-kata bos. Sebab aku tau dia memang baik, cuma manusia kan tak sempurna.

Sunday, October 24, 2010

Wang Bukan Segalanya

Memang benar wang bukan segalanya, tapi tak salah juga segalanya memerlukan wang. Bercinta tak perlukan wang, tapi nak hidup bersama wang adalah keperluan. Pendek kata duit, duit, duit. Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. Macam-macam peribahasa pulak. Bagi yang dah berumah tangga pulak, mestilah ada rumah. Rumah pula mesti ada pintu dan tingkap. Dengar pulak peribahasa yang begini 'bila kemiskinan di ambang pintu, cinta terbang melalui tingkap'. hehehe...macam-macam la. Tak kan nak ditutup saja pintu dan tingkap. huhu...
Wang dan kasih sayang pun berkait rapat. Nak menunjukkan kasih sayang perlu memberi sesuatu yang berharga pada yang tersayang. Bukti tue. Kalau tak beri tu tanda tak sayang. Ada pulak macam tu. ish³. Orang tak bahagia kalau tak punya wang, tapi orang yang banyak wang juga belum tentu bahagia. Nampak macam berbelit-belit statement ni. Tapi itulah kenyataan.....

Tuesday, October 19, 2010

Kehidupan & Masa Hadapan

Dalam hidup ni semua kita nak kan. Tapi tak semua kita boleh dapat. Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang dan berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak. Tapi kena selalu ingat apa yang Allah beri adalah yang terbaik buat kita, walaupun ada kalanya kita tak suka. Aku selalu berasa rendah diri pada kengkawan yang aku anggap berjaya dalam hidup. Tapi bila aku pandang pada insan lain yang hidup melarat aku rasa bersalah pada perasaanku sendiri. Semoga diri ini tidak terlalu mengejar kemewahan dunia.....
Kata-kata ni saya copy paste dari status rakan di fb. Terima kasih melur jelita
 'Jangan bangga dgn pakaian mewah,kerana pakaian terakhirmu adalah KAFAN.Jangan bangga dgn kenderaan mewah,kerana kenderaan terakhirmu adalah KERANDA.Jangan bangga dgn tempat tidur mewah kerana tempat tidur terakhirmu adalah TANAH.Jangan bangga dgn rumah mewah kerana rumah terakhirmu adalah KUBUR.Dan jangan bangga dgn ge...laranmu kerana gelaran terakhirmu adalah Al marhum/arwah.sesungguhnya akhirat kekal abadi'.

Wednesday, October 13, 2010

Uniknya Bahasa Jawa

Bangsa Jawa ni semua orang tahu. Tapi berapa ramai orang jawa yang masih tau bercakap dalam bahasa jawa. Ramai yang dah tak reti lagi. Jangankan anak-anak, yang peringkat adik-adik pun dah malas nak cakap jawa. Bila dengar orang cakap jawa ketawa(x paham le tu). Tapi masih ramai yang mengaku dari keturunan jawa. Kira ok la... Bukan ada apa pun yang nak dibanggakan dengan jawa ni. Cuma ada sedikit keunikan yang membezakan dengan bangsa lain. Bangsa lain pun ada keunikan masing-masing. Kalau dari segi makanan orang jawa ni sinonim dengan tempe. Tapi sekarang tak kira bangsa  suka tempe. Sebab sesuai sangat untuk vegetarian. Boleh ganti ikan sebagai sumber protein(mcm bljr sains la pulak).hehehe...Dari segi keunikan bahasa cuma orang yang tau berbahasa tu la yang tahu. hehehe...
Kadang-kadang bahasa jawa ni bila dengar macam lucu juga. Lebih-lebih lagi bila membaca dan mengeja. Susah juga nak tulis dalam tulisan rumi ni. Sebab tak da abjad sendiri. Kalau ada pun sapa yang tau? Kena pulak la belajar. Kat sekolah apa? SMJK(J)? hahaha...Sapa pulak la yang nak mewujudkan. Walau apa pun kat sini kita share la sikit-sikit perkataan dalam bahasa jawa( translate ke bahasa Melayu. bukan omputih yer)

JAWA             MELAYU
mangan     =       makan
sego          =       nasi
madang     =       makan nasi
mentong    =     makan nasi antara wktu mkn tghari-wktu mkn mlm
ngombe     =       minum
medang      =      minum waktu sarapan @ waktu minum petang

Ok tak? Ni bukan kelas bahasa jawa. kih kih kih...

Monday, October 11, 2010

Alhamdullillah...ibuku dah jadi onyang.

Tanggal 6 Oktober anak saudara saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan di hospital Ipoh. Ini adalah kali kedua dia melahirkan bayi perempuan kerana yang pertama kembali kepada penCiptanya sebelum sempat dilahirkan tahun lepas. Anak saudara saya ni adalah anak sulung(ikutkan tak sulung juga kerana dua orang abang kembarnya meninggal semasa dilahirkan) kepada abang saya yang ketiga. Nampaknya abang saya ni mendahului adik beradiknya yang lain untuk bergelar datuk(datuk yang ada cucu ler). Abang yang sulung baru plan nak terima menantu tahun depan. Kakak yang kedua pula insyaAllah akan menimang cucu tahun depan.  Alahai dah jadi nenek(nenek saudara ler).
Ibuku(mak ngah depa panggil) pula dah jadi onyang(mbah oyot dalam versi jawa). Mak long pun dah ada dua orang cicit sebelum ni. Nenek ku pula(mak pada mak&adik beradik yang lain) nak panggil apa yer. cicit-->cucu-->anak-->mak-->nenek-->moyang--> mo.....oooowhh tidaaaaak.....
Apa-apa pun syukur pada Allah swt kerana mengurniakan umur yang panjang pada mereka dan kesihatan yang baik. Semoga keluarga besar ini sentiasa dalam keberkatan dan penuh dengan kasih sayang.....Alhamdullillah.......

Saturday, October 9, 2010

Cerita BOS

Yeeeehaaa...bos dah balik.
Aku ni bukan apa, kalau bos ada susah nak buat kerja. Kalau bos tak da kerja tetap siap. Aku ni jenis darah gemuruh. Bos aku kalau cakap kuat. Tak marah pun macam marah. Tu yang aku selalu panik. Dah la arahan dia suka bertukar-tukar. Kejap suruh buat camni, nanti tengah-tengah buat suruh buat macam lain, huru hara tol la org tua ni(aku pun tua gak. hik.hik). Lagi satu yang aku tak berapa gemo(suka dalam loghat Perak) dengan bos ni dia suka merokok dalam ofis. Aku ni dah la cukup pantang dengan asap rokok. Rasa sosak nafas den(loghat ns la pulak).
Sebenarnya kita orang ni memang biasa kerja tak ada bos. Tapi bukan lah diri sendiri tu bos. Kita tetap kuli jer. Bos ni menetap kat belah selatan, sebab wife dia tak suka duk KL(depa kata la. x tau betoi ke x). Tapi bos buat ofis kat KL. Agaknya nak bagi peluang kerja kat aku kot. Dan pekerja-pekerja yang lain gak la. Dia pun ada biz kat JB. Kat sini biasa dia banyak guna remote kontrol(talipon ler). Agaknya sebab dah biasa terima arahan guna talipon, pasal tu aku jadi darah gemuruh bila dia bagi arahan face to face kot.  Kalau kat talipon, dia marah pun aku tak kisah, sebab orang lain tak dengar. huhu..
Opis hour 9 pagi- 6 petang. Kul 9 dia kol la ofis. Dia tanya kat yang jawab talipon "sapa ada kat ofis?". Tu dia....Kul 6 tak nak pulak dia call. Sapa yang belum balik. Kot dia call pun sape tau, sebab semua dah cabut. hehehe... 
Sebenarnya bos ni baik gak(kalau x, dah lama aku cabut). Bandingkan dengan bos ofis sebelah-sebelah ni. Orang kata sebelum berpergian kemana-mana dia akan pastikan barang dapur cukup sebelum dia balik semula. Maggi, nestum & kopi tak pernah kurang. Kiranya kalau ujung bulan pun tak dak la yang kebuluran. Pokoknya walaupun bos tak da kerja mesti jalan.
Apa-apa pun kalau dekat Tahun Baru Cina kedatangannya sentiasa dinanti-nantikan. Maklum la tunggu bos hulur sampul merah. Mata duitan semua staf dia ni, aku pun tak terkecuali la...hehehe...

Tuesday, October 5, 2010

KISAH BUDAK TENSION

Aku nak spm tahun ni. Tinggal berapa hari je lagi. Dah sedia semua ke? Entah la, tak tau nak kata. Aku anak sulung. Lelaki lak tu. Harapan mak & abah. Kalau aku tak lulus mesti depa frust. Tu satu hal. Aku pulak nak buat apa kalau tak lulus. Dah la tak dpt plkn. Nak melangut aje. Mesti mak aku bising. Mak kalau dah mula membebel kalah machine gun israel. Sakit telinga dan sakit kepala aku dengar. Sekarang ni aku dah mula tak sihat. Demam, batuk, selsema. Makan ubat sampai abis stok. Ni dah mesej kat mak suruh datang bawak pegi klinik(lupa nak bgtau, aku duk asrama). Tak tahan rasanya. Malam mak @ abah dtg. "Terima kasih mak, abah. Maafkan along susahkan mak dengan abah". Doktor pun cakap aku tension, stress sebab nak periksa. Mak pun bising, nak periksa tak jaga kesihatan. Aku study sampai tengah malam. Mak tak caya, salah aku juga. Kalau balik rumah aku chatting je depan pc sampai pagi. hik.hik. Kat rumah aku tak boleh study. Mak pun cakap macam tu, sebab tu dia suruh aku duk asrama. huhu...Boleh study dengan kawan-kawan.
Pertengahan tahun baru ni aku mintak nak duk rumah. Ulang alik pergi sekolah. Mak tak bagi, alasan mak mcm tu la. Pastu nanti sampai rumah dah letih. Aku pun faham. Lagi pun kalau duk rumah mak kena keluarkan duit tambang lagi tiap-tiap hari. Dah la kena hantar separuh jalan. Mak & abah bukan orang kaya. Kira pendapatan sekadar cukup untuk merasa hidup macam orang lain. Sebab tu dia nak anak-anak berjaya dalam pelajaran. Aku pulak terlebih ko korikulum. Semua aku nak main. Kalau kena keluar daerah pun aku nak pegi. Jawatan pulak usah cerita la. Kat sekolah pengawas. Kat asrama ketua asrama. ish³. Sampai markah koko aku terlebih-lebih. Siap tak bagi Mak & abah datang mesyuarat pibg. Lagipun aku tahun last kat sini.  yeehaa...
Ya Allah Ya Tuhan ku. Beri lah aku kekuatan & ketenangan dalam menghadapi peperiksaan. Aku tak nak tension². Mak & Abah Doakan anakmu ini...(w'pun aku tau mereka x penah lupa mendoakan yang terbaik buatku)...

Nasi Buaya

Cerita seorang pelanggan tegar kedai mamak.

Saya cukup kagum dengan mamak. Mana-mana kita pergi mesti ada kedai mamak. Kawasan perumahan yang baru bukak pun kedai mamak nombor satu ada. Ada yang bukak 24 jam. Boleh bertahan bertahun-tahun. Jarang benar kita dengar kedai mamak tutup sebab bankrup. Apa keistimewaan saya pun tak tau. Tapi yang saya tau, saya suka jumpa dan borak dengan kawan-kawan kat kedai mamak sambil minum teh tarik. Bukan sedap sangat pun teh tarik mamak. Sedap lagi teh tarik buatan isteri saya. Tapi semacam ketagih pulak bila malam nak jumpa kawan sambil minum teh tarik.
Cerita kedai mamak ni macam-macam versi. Ada cerita lain yang saya nak kongsi. Kedai mamak ni kadang kita susah nak beza, mana satu mamak mana satu india. Depan kedai ada kalimah Allah. Bahagian belakang pulak di gantung nya gambar patung dia. Kadang tu dia mengaku mamak, tapi semua pekerja dari India, siap ada titik kat dahi.
Satu hari saya masuk la kedai mamak ni. Saya tengok ada sorang pekerja baru. Nak test la kononnya. Bila saya dan kawan-kawan duduk datang la pekerja baru tersebut. Nak ambik order ni. Kawan-kawan saya pun order. Tau la kedai mamak ni bukan byk menu pun. Kawan-kawan saya order menu yang biasa, pasti pelayan ni pun sudah di ajar dan hafal semua menu yang ada. Tapi macam mana dengan menu yang tak ada? Tiba giliran saya. "Teh tarik satu". Dia angguk dan senyum. "Nasi buaya satu". Dia angguk juga. Dia menulis sambil bercakap dengan suara yang perlahan dalam bahasa ibundanya. Kemudian dia pun beredar. Tidak lama kemudian dia datang semula dan mendekati saya. "Nasik buaya. Abis". Saya pun senyum. Sebenarnya saya bukan nak makan. hehehe......saya pulak yang tekena balik dengan india yang baru sampai Malaysia.

Tuesday, September 28, 2010

Kalau Tak Rumah Terbuka Tak boleh Datang ka???

Bulan Syawal ni mana-mana saja ada rumah terbuka. Setiap hujung minggu ada saja undangan. Dah jadi bulan makan-makan la pulak.
Tapi apa cerita dengan yang tak buat open house ni. Kita tak payah pergi rumah depa ka? Saya memang setiap minggu duk pergi open house. Tapi Tak buat pun open house. Saya cakap dengan kawan-kawan pintu saya sentiasa open. Kalau nak datang call saja, sebab takut tak da kat rumah. Jadi setiap minggu saya akan masak juga sesuatu untuk sape-sape yang datang. Tak la sampai gantung kuali. Rasanya tak puas pulak kalau kawan-kawan datang hanya dengan kuih raya dan minum air saje. Tapi ini bukan la satu kemestian pun.
Semalam saya ajak kawan pergi beraya ke rumah kawan lain. Sama-sama jiran la.  Dia boleh cakap tak nak la, tak dijemput. Saya katakan pada dia raya, tak payah la berjemput-jemput. Dia pun bukan buat open house. Kita datang saja la, asalkan dia ade kat rumah. Lagipun kita bukan selalu jumpa. Hari-hari masing-masing sibuk pergi & balik keje jer. Dia cakap tak nak la. Saya pun dah tak berupaya nak cakap apa, saya pergi la tanpa dia. sebenarnya saya dah sedia maklum, yang mereka ni tak bertegur sapa dah lama. Mungkin dah 2@3 tahun. Sebab tu sengaja saya ajak. Mana lah tau bulan baik ni boleh berbaik semula, dan lupakan sengketa lama. rupanya tidak. Apa yang saya andaikan kalau salah seorang buat open house dan menjemput seorang lagi mungkin mereka akan berbaik semula.
Apa yang saya perhatikan sekarang budaya ziarah menziarahi ni dah semakin hilang. diganti dengan budaya open house la pulak. Sebenarnya tak ada yang salah dengan open house ni. Tuan rumah nak menyediakan sesuatu yang istimewa untuk tetamu dan diatur pada waktu yang sama. Jadi pada waktu yang lain senang la dia nak pergi beraya pulak. Tapi yang silapnya orang yang tak nak berziarah bila tiada jemputan rumah terbuka. Dah la sepanjang tahun sibuk bekerja. Nak jumpa jiran sebelah rumah pun susah.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...