Pages

klik sini sekali

Showing posts with label Bimbingan. Show all posts
Showing posts with label Bimbingan. Show all posts

Monday, March 28, 2011

10 ORANG YANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA

Assalamualaikum...
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu
sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat,
dan barang siapa yang tidak memelihara solat,
maka sesungguhnyasolat itu tidak menjadi cahaya,
dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat
baginya". "10 orang yang solatnya tidak diterima
oleh Allah S.W.T, antaranya:

1.  lelaki yang solat sendirian tetapi tidak membaca sesuatu.

2.  lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3.  lelaki yang menjadi imam tetapi makmum membencinya.

4.  lelaki yang melarikan diri.

5.  lelaki yang minum arak tanpa mahu bertaubat.

6.  perempuan yang suaminya marah padanya.

7.  perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8.  Imam@pemimpin yang sombong dan zalim.

9.  orang-orang yang suka makan riba.

10. orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perkara yang keji dan mungkar.


gambar sekadar hiasan
p/s sedut entry ni dari blog  CT NoArlzAh Arls. untuk kita sama-sama kongsi. terima kasih.

Friday, March 18, 2011

PESANAN UNTUK WANITA

Assalamualaikum...
Untuk kakak-kakak, adik-adik dan anak-anak...
Dapat sms ni dah agak lama dulu, tapi baru ni
ternampak lagi kat status fb seorang rakan.
Ada baiknya share kat sini supaya kita sentiasa
beringat-ingat.

'PESANAN PENTING UNTUK SEMUA WANITA YANG
PERGI KERJA, KOLEJ ATAU SEKOLAH SENDIRIAN'

"Jika anda terjumpa budak kecil sedang menangis,
yang memberi anda alamatnya dan meminta agar
anda menghantarnya ke alamat tersebut, sila
bawanya kebalai polis.Tak kira apa yang anda
mahu lakukan. Jangan bawanya ke alamat yang
diberikan. Ini adalah tektik baru untuk penjenayah
merogol wanita. Sila sms kan mesej ini kepada
semua rakan agar mereka boleh berhati-hati dan
memberitahu maklumat ini kepada rakan-rakan
dan ahli keluarga mereka. Terima kasih".
Dari ASP SUMAN KUMAR..D9 Bukit Aman.

gambar hiasan dari google

Betul ke tidak pesanan ini ada baiknya kita simpan
sedikit untuk bersangka buruk jika sendirian. Sekarang
macam-macam jenis manusia ni. Wanitayang selalu
menjadi mangsa.

Monday, December 27, 2010

KETAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati.'

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad saw melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas. Me...
nurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita.

Friday, December 24, 2010

WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA

Sebagai orang Islam kita dikehendaki berusaha untuk
mencapai sesuatu yang dihajati. Setelah berusaha
pula kita hendaklah berdoa pada Allah supaya
dimakbulkan. Selepas tu baru la berserah saja.
Andai tidak diperkenankan anggap lah apa yang
diberikan adalah yang terbaik buat kita. Antara
waktu mustajab untuk berdoa adalah yang berikut:
1. Semasa Lailatul-Qadar
2. Semasa hujan.

3. Ketika mula dan selepas solat.
4. Berhadapan  musuh di medan perang.
5. Waktu malam
6. Antara azan dan iqamah.
7. Masa sujud dalam solat.
8. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
9. Ketika khatam 30 Juz al-Quran.
10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal

dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat

kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah
(diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit
fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12. Antara waktu zuhur dan asar. 
13. Antara waktu asar dan maghrib.
Sumber : klik sini.

Ucapan biasa tapi kadang tersalah.

Memberi ucapan : Assalamualaikum.
Maka dijawab dengan : Waalaikumus salam@
Waalaikumussalam warahmatullah hibarakatuh
Begini yang sepatutnya.

Kalau nak panjangkan pun boleh.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
Dan dijawab pula dengan sama seperti diatas.
Kita biasa gak dengar orang jawab

Waalaikum salam(yang ni salah).

Nak tau lebih lanjut klik sini.yer.

Ucapan yang berlainan sedikit bunyinye
boleh menyebabkan maksud yang jauh
berbeza. Kena selalu ingatkan diri sendiri
juga...

p/s kadang menaip pun tersalah ejaan...



Tuesday, December 14, 2010

MANUSIA BERTANYA KENAPA AKU DI UJI

Qur’an Menjawab :Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:” Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar ...dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)

Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?

Qur’an Menjawab : boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Qur’an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah : 286)

Friday, December 10, 2010

AWAS JANGAN AMBIL MUDAH..!!!

Entry ni saya copypaste dari fb.
pada kengkawan yang suka nak baca
lain² artikel dia boleh la klik Tok Wan 2.

Pernah kita dengar ungkapan bahawa suatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Barang kemas emas atau intan permata tentu tidak akan dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai sebaliknya ditempatkan tempat yang khas.

Bagi seorang lelaki ya...
ng bergelar suami, barangan yang paling mahal dan berharga ialah isterinya. Selain isterinya mahal kerana membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya, isteri juga adalah penyelamat iman dan maruahnya. Jadi, isteri perlu dijaga dengan rapi supaya dia tidak mudah keluar bebas hingga dapat dilihat orang lain begitu sahaja.

Wanita atau isteri pada zaman dahulu jarang keluar rumah, apatah lagi untuk bersiar-siar di kota. Tetapi suasana zaman itu sudah berlalu kini. Sebaliknya kalau wanita dan isteri asyik terperap di rumah sahaja, dikatakan mereka tidak mengikut peredaran zaman.

Thursday, December 9, 2010

Kelebihan Memakai Tudung Labuh Dari Sudut Sains

Kenapa pakai tudung?Biasanya ini alasan kaum hawa pada masa kini yang memakai tudung :

a)kerana gaya,meniru artist2 dan terasa cantik bila tgk model majalah pakai tudung.
b)terpaksa memakai tudung kerana keluarga mereka semua memakai tudung.
c)memakai tudung hanya kerana sekolah mewajibkan memakai tudung.
d)couple/pakwe/makwe/gerek/boypren/bakalsuami/suruh pakai tudung..
e)ni khas untuk yg ada restoran:pakai tudung sebab takut rambut masuk dalam masakan

Ada lagi alasan?meh tambah lagi?

(Cantik je muka pompuan kt bawah tu . :D)

Jadi,perbaikilah alasan anda. Sesungguhnya Allah telah mengaturkan segalanya itu demi kebaikan umat manusia. Ini telah dibuktikan dari segi sains:


Wednesday, December 1, 2010

Doa Khusus Elak Rogol & Cabul : Amalkanlah

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak
Di Rogol & Cabul
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM 
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)



Monday, November 29, 2010

Keburukan Walker

entry ni copypaste dari fb. sekadar untuk panduan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Ketepikan Walker,Biarkan Anak meniarap

"Cantik walker Syafiqah, ada mainan di bahagian depannya. Inilah yg menyebabkan Syafiqah ke hulur ke hilir dgn walker pemberian neneknya" "Syafiqah ni br 6 bln.Kalau saya tiarapkan atau dia meniarap sendiri tak boleh lama-lama.Nanti dia menangis. Dia marah sbb badannya agak berat,dia tidak menjulur ke depan"

" Saya nak berkemas dan memasak terpaksalah masukkan dia ke walker. Syafiqah suka duduk di depan pintu melihat org lalu lalang.Saya boleh bt kerja" ujar ibu Syafiqah Inilah masalah yg dihadapi oleh ramai ibu di luar sana dan entah berapa ramai lagi anak-anak yg senasib dgn Syafiqah.

Sebagai ibu kita perlu sedar bahawa meniarap, menjulur serta merangkak adalah pergerakan atau latihan fizikal yg penting bg pembangunan fizikal dan intelek anak-anak

Thursday, November 25, 2010

Tiga Tahapan Bayi Dalam Rahim ۩۞۩ Bukti-Bukti Bahwa Qur'an Adalah Kalam Allah ۩۞۩

Dalam Al Qur'an dipaparkan bahwa manusia diciptakan melalui tiga tahapan dalam rahim ibunya.
"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?" (Al Qur'an, 39:6)

Sebagaimana yang akan dipahami, dalam ayat ini ditunjukkan bahwa seorang manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga tahapan yang berbeda. Sungguh, biologi modern telah mengungkap bahwa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga tempat yang berbeda dalam rahim ibu. Sekarang, di semua buku pelajaran embriologi yang dipakai di berbagai fakultas kedokteran, hal ini dijadikan sebagai pengetahuan dasar. Misalnya, dalam buku Basic Human Embryology, sebuah buku referensi utama dalam bidang embriologi, fakta ini diuraikan sebagai berikut:

Wednesday, November 24, 2010

Segumpal Darah Yang Melekat di Rahim. Keajaiban Alqur'an ۩۞۩ Bukti-Bukti Bahwa Qur'an Adalah Kalam Allah ۩۞۩

by Keajaiban Alqur'an ۩۞۩ Bukti-Bukti Bahwa Qur'an Adalah Kalam Allah ۩۞۩


Jika kita terus mempelajari fakta-fakta yang diberitakan dalam Al Qur'an mengenai pembentukan manusia, sekali lagi kita akan menjumpai keajaiban ilmiah yang sungguh penting.
Ketika sperma dari laki-laki bergabung dengan sel telur wanita, intisari bayi yang akan lahir terbentuk. Sel tunggal yang dikenal sebagai "zigot" dalam ilmu biologi ini akan segera berkembang biak dengan membelah diri hingga akhirnya menjadi "segumpal daging". Tentu saja hal ini hanya dapat dilihat oleh manusia dengan bantuan mikroskop.
Namun, zigot tersebut tidak melewatkan tahap pertumbuhannya begitu saja. Ia melekat pada dinding rahim seperti akar yang kokoh menancap di bumi dengan carangnya. Melalui hubungan semacam ini, zigot mampu mendapatkan zat-zat penting dari tubuh sang ibu bagi pertumbuhannya. (Moore, Keith L., E. Marshall Johnson, T. V. N. Persaud, Gerald C. Goeringer, Abdul-Majeed A. Zindani, and Mustafa A. Ahmed, 1992, Human Development as Described in the Qur'an and Sunnah, Makkah, Commission on Scientific Signs of the Qur'an and Sunnah, s. 36)

Di sini, pada bagian ini, satu keajaiban penting dari Al Qur'an terungkap. Saat merujuk pada zigot yang sedang tumbuh dalam rahim ibu, Allah menggunakan kata "'alaq" dalam Al Qur'an:
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari 'alaq (segumpal darah). Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah." (Al Qur'an, 96:1-3)
Arti kata "'alaq" dalam bahasa Arab adalah "sesuatu yang menempel pada suatu tempat". Kata ini secara harfiah digunakan untuk menggambarkan lintah yang menempel pada tubuh untuk menghisap darah.

Tuesday, November 23, 2010

Bilakah Nabi Muhammad S.A.W menikahi Aisyah?

Sebahagian besar riwayat yang menceritakan hal ini terdapat dalam hadis di mana keseluruhannya hanya diriwayatkan oleh Hisham bin Urwah.

Asal periwayatan ini adalah daripada orang Iraq, di mana Hisham tinggal di sana dan pindah dari Madinah ke Iraq pada usia tua iaitu 71 tahun.

Menurut Ya’qub bin Syaibah: “Hisham seorang perawi yang dipercayai, riwayatnya dapat diterima, kecuali apa-apa yang dia ceritakan setelah dia berpindah ke Iraq”.

Dalam pernyataan yang lebih lanjut dinyatakan bahawa Malik bin Anas menolak riwayat Hisham yang dicatat daripada orang Iraq: “Saya pernah diberitahu bahawa Malik menolak riwayat Hisham yang dicatat dari orang-orang Iraq”. (Tahzib al-Tahzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Dar Ihya al-Turath al-Islami jil.2 hlm. 50).
“Ketika mencapai usia tua, ingatan Hisham semakin berkurangan”. (Mizan al-I’tidal, Al-Zahabi, Al-Maktabah al-Athriyyah, Pakistan, Jil. 4, hlm. 301).
Justeru, berdasarkan pernyataan dan sumber di atas, Hisyam mengalami masalah ingatan atau ingatannya kurang baik setelah dia berpindah ke Iraq dan periwayatannya diragui.
Sehingga riwayatnya mengenai umur pernikahan Aisyah adalah tidak tepat. Adapun

Monday, November 22, 2010

WANITA : AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Assalamualaikum,



Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?Namun adam tetap rindukan hawa.Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.

Untuk diluruskan oleh lelaki.Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.Didiklah mereka dengan panduan darinya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.


Sunday, November 21, 2010

Makanan Melayu Automatik Halal ?

Adakah kita dituntut untuk menyelidiki dan bertanya setiap masa, setiap kali? Bagaimana pula jika semasa memilih makanan di bazaar Ramadhan. Adakah semuanya halal ? atau adakah mencukupi hanya bergantung kepada bangsa atau agama penjual? Jika Islam, adakah secara automatic makanannya juga halal ? Bagaimana pula jika penjual itu berbangsa Melayu, adakah secara automatik dia juga Islam dan makanannya halal ? Begitukah sifirnya?

Jawapan yang ideal namun kurang praktikal adalah :

Semua tidak halal kecuali setelah yakin melalui kajian, semua bahan yang digunakan adalah halal.



Memberi jawapan sedemikian memang mudah, namun pelaksanaannya kurang dimampui. Islam tidak diturunkan untuk menyusahkan, namun begitu sebahagian hukum Islam ada yang dirasai sukar, bertujuan menguji sejauh mana keimanan umat Islam terhadap larangan dan suruhan Allah swt.

Friday, November 19, 2010

PANDUAN MEMILIH JODOH

N3 ni khas utk yg belum kawen yer...
Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.


Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.


Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.


Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona Dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.


Fikir betul-betul. Solat istikharah Dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu Ada sandaran ilmu dan petunjuk.


Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.


Antara yang menarik tulisan berikut:


Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga. Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang Ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT Dan JELAS.


Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.


Apa Tujuan Berumahtangga?


Thursday, November 18, 2010

TIDUR SELEPAS WAKTU SUBUH.......

<span>Fuqaha’ memandang makruh tidur selepas dari solat subuh.
 Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

Pertama;
 Anak kesayangan nabi SAW, Fatimah bercerita bahawa satu hari Rasulullah SAW lalu di rumahnya dalam waktu subuh, dan didapati bahawa Fatimah sedang berbaring. Lalu Rasulullah SAW menggerakkan Fatimah dengan kakinya sambil berkata;


يا بنية قومي اشهدي رزق ربك ، ولا تكوني من الغافلين ، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

Maksudnya;“Wahai anak perempuanku, carilah rezeki tuhanmu, dan jangan kamu jadi dari kalangan orang yang lalai. Kerana sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki-rezeki manusia itu, diantara terbit fajar hingga terbit matahari” [Sya’b Al-Iman : 4550 : sanad hadis ini lemah]

Kedua:
 Daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

باكروا طلب الرزق والحوائج ، فإن الغدو بركة ونجاح

Tuesday, November 2, 2010

Balasan...Melewatkan Waktu Solat



بسم الله الرحمن الرحيم       

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain   yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya)  . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular  tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam  itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka). 

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah  itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..


Friday, October 29, 2010

Azab Bagi Wanita

by -Tok Wan on Thursday, 28 October 2010 at 03:24


 (tlg ingatkan kpd semua kaum  perempuan yg anda kenal)
 Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan    
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat        
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.
 Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,
 "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.  
 Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.  "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.  
 Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat  ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
 Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
 Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di  bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.  
 Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
 Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,          
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.
 Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?                                                                                                 
 *Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang  tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.  
 *Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.  
 *Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan  yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.                                                                                                 
 *Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia  berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
 *Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang  yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya       kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.                                                                 
 *Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.                                                                                               
 *Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya  seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan  yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.     
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.                                                                         
 Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.  

Salam Ukhuwah..~                           






               

Ustaz Mohd Kazim Elias- Pesanan buat Si Suami dan ...

Suka dengar ustaz ni. bw terjumpa pulak. terus share. senang bila² nak dengar.
~Mon Blog Belle~: Ustaz Mohd Kazim Elias- Pesanan buat Si Suami dan ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...