Assalamualaikum....
Hari ni jam 8.15am bermula untuk menjawab satu kertas UPSR.
Buat semua yang menduduki peperiksaan ini terutama Muhammad
Hilfi&kawan-kawan SKKCB semoga dapat menjawab semua
soalan dengan tenang dan yakin.
Kami Ibubapa bersama Guru-guru SKKCB telah melaksanakan
apa yang sepatutnya. Kini semua terletak pada diri anak-anak.
Semoga Allah memberkati usaha anak-anak dan membuahkan
hasil yang dapat membanggakan. Biarpun sekadar peperiksaan
sekolah rendah(kalau tak lulus pun boleh masuk sekolah menengah)
tapi ianya penting untuk menjadi pembakar semangat dimasa hadapan.
Bagi yang ingin tinggal di asrama keputusan peperiksaan ini juga yang
menentukan.
Selama enam tahun(Muhammad Hilfi tujuh tahun termasuk pra-sekolah)
disini, inilah tahun yang terakhir. Semoga ianya meninggalkan kenangan
yang manis.
Melihat wajah ibu-ibu(tak nampak lak bapa disini) dan guru-guru rasa
lebih cemas dari anak-anak. Nampak harapan yang begitu tinggi.
Semoga kalian tenang dalam menjawab soalan di dewan peperiksaan.
Doa kami sentiasa mengiringi...GOOD LUCK
KONGSI RASA
Tuesday, September 13, 2011
Saturday, September 3, 2011
Tidak seperti dulu...
Assalamualaikum.....
Menjadi kebiasaan menyambut Raya
dikampung halaman. Kini sudah kembali
untuk memulakan tugas seperti biasa.
Alhamdulillah tahun ni tidak menghabiskan
banyak masa dalam perjalanan. Telah
memilih memulakan perjalanan pada awal
pagi @ waktu malam.
Pada yang terperangkap dalam kesesakan
jalanraya harap bersabar. Ini menandakan
negara kita semakin maju. Semua orang
mampu memiliki kenderaan sendiri. Kalau
20@30 tahun yang lepas walaupun belum
ada lebuhraya tapi tiada masalah kesesakan
jalanraya. Tapi hari pertama puasa dah kena
beli tiket bas@kenderaan lain untuk pulang
berhari raya.
Sekarang keadaan dah berubah.
Menjadi kebiasaan menyambut Raya
dikampung halaman. Kini sudah kembali
untuk memulakan tugas seperti biasa.
Alhamdulillah tahun ni tidak menghabiskan
banyak masa dalam perjalanan. Telah
memilih memulakan perjalanan pada awal
pagi @ waktu malam.
Pada yang terperangkap dalam kesesakan
jalanraya harap bersabar. Ini menandakan
negara kita semakin maju. Semua orang
mampu memiliki kenderaan sendiri. Kalau
20@30 tahun yang lepas walaupun belum
ada lebuhraya tapi tiada masalah kesesakan
jalanraya. Tapi hari pertama puasa dah kena
beli tiket bas@kenderaan lain untuk pulang
berhari raya.
Sekarang keadaan dah berubah.
Labels:
Aktiviti
Subscribe to:
Posts (Atom)