Assalamualaikum...
Hari ni bermula lagi satu ujian buat Muhammad Hilfi dan
rakan-rakan yang seangkatan. Semoga dapat menjawab
dengan tenang dan yakin.
Peperiksaan akan berlangsung selama 4 hari bermula
Isnin(26/9/2011) sehingga Khamis(29/9/2011).
Seramai 30 orang murid akan berada di sekolah dari
pagi sehingga peperiksaan selesai pada waktu petang.
Makan, mandi semua dilakukan di sekolah. 30 orang
murid ini adalah yang diharapkan boleh mencapai gred
'mumtaz'. Semoga harapan akan menjadi kenyataan.
Selamat menjawab soalan dan semoga berjaya buat
semua calon yang menduduki PSRA terutama
Muhammad Hilfi dan rakan-rakan di
SRA Kg Cheras Baru.
KONGSI RASA
Monday, September 26, 2011
Tuesday, September 13, 2011
Perjuangan terakhir selepas 6 tahun
Assalamualaikum....
Hari ni jam 8.15am bermula untuk menjawab satu kertas UPSR.
Buat semua yang menduduki peperiksaan ini terutama Muhammad
Hilfi&kawan-kawan SKKCB semoga dapat menjawab semua
soalan dengan tenang dan yakin.
Kami Ibubapa bersama Guru-guru SKKCB telah melaksanakan
apa yang sepatutnya. Kini semua terletak pada diri anak-anak.
Semoga Allah memberkati usaha anak-anak dan membuahkan
hasil yang dapat membanggakan. Biarpun sekadar peperiksaan
sekolah rendah(kalau tak lulus pun boleh masuk sekolah menengah)
tapi ianya penting untuk menjadi pembakar semangat dimasa hadapan.
Bagi yang ingin tinggal di asrama keputusan peperiksaan ini juga yang
menentukan.
Selama enam tahun(Muhammad Hilfi tujuh tahun termasuk pra-sekolah)
disini, inilah tahun yang terakhir. Semoga ianya meninggalkan kenangan
yang manis.
Melihat wajah ibu-ibu(tak nampak lak bapa disini) dan guru-guru rasa
lebih cemas dari anak-anak. Nampak harapan yang begitu tinggi.
Semoga kalian tenang dalam menjawab soalan di dewan peperiksaan.
Doa kami sentiasa mengiringi...GOOD LUCK

Subscribe to:
Posts (Atom)