Pages

klik sini sekali

Friday, April 29, 2011

Cara nak hilangkan marah

Asslamualaikum...
Blog ni dah lama tak de entry baru, lebih menyibuk dari
sibuk. Penat yang tak terhingga dan kesuntukan masa.
Kadang-kadang bila dah penat rasa cepat je nak marah.
Kali ni nak bagi cara yer....
Pernah tak rasa marah pada seseorang. Camne nak
hilangkan rasa marah tu. Nak harap dia datang mintak
maaf kirim salam la. Dah berhari-hari pun marah tak
hilang. Dah mandi, solat perasaan marah tu tetap ada.

Nak tau caranya, mudah jer. Ambil gambar dia(kalau
tak de copy je dari fb) pastu print banyak-banyak. Pastu
koyak-koyakkan gambar tu seolah-seolah kita sedang
belasah dia. keh³...

Kalau nak lagi sadis gantung gambar dia kat dinding,
pastu tikam kat muka banyak kali. Macam kita main
'baling dart'. Bayangkan dia berkerut kesakitan. heh³...

p/s sape yang takde kerja boleh cuba. ^_^

Thursday, April 21, 2011

Rasullullah SAW dengan buah limau

Assalamualaikum....
Sebelum pergi kerja pagi² biasa la masak untuk santapan tengahari
anak balik sekolah. Sambil masak sambil tenguk tv. Biasa dua
dalam satu. Lepas 'tanyalah ustaz' tengok la mukadimah. Tajuk
'senyum' oleh Prof Izi. Terselit juga kisah 'Rasulluulah dengan buah
limau'. Nak mudahkan citer gi la godek kat blog azharr .  
Teringat satu masa dulu dia pun ada post citer ni. 
Copypaste je, cepat dan mudah.
  "Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir.
Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu
membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda
menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh
Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya
Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini
tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman,
hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri
untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW
menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu
masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian
turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang
akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya
bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan
semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak
akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda
yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu
pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia
bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para
sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya
 tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia
Rasulullah SAW.


 p/s gambar dari google. gambaran yang cantik. tapi tak tau isi manis @ masam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...