Pages

klik sini sekali

Monday, December 27, 2010

KETAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati.'

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad saw melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas. Me...
nurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita.

Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa ada penghujungnya. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan (selama-lamanya tanpa ada kematian). Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ianya satu pintu ke neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali kmj sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka. "Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."


Salam Ukhuwah.
copypaste dari fb Tok Wan 2

11 comments:

pN.rOs said...

betul2...
trimas kongsi info menarik....

kadang2 gelak jugak tapi bila tringat balik cepat2 istigfar... kita ni manusia tak lari dari kelupaan

Ummi Izzah said...

betul..kadang gelak mmg tak ingat nak stop...

ALFALORA MOHD MUSTAFA said...

alamak!! saya suke ketawa...hurm~~ terima kasih ya.,..

misza said...

pN.rOs-> peringatan untuk diri saya sendiri juga.
Ummi Izzah->bila jumpa yang sgt² menggelikan hati memang camtu. dah tau ni kena kontrol la.
ALFALORA->sama la dari dulu camtu. sbb tu copy entry ni.

diana said...

senyum pun dah cukup..kan??:)

misza said...

betul tue. tapi jgn senyum sorang². senyum satu sedekah.

sarah-najwan said...

betul tu..
kan ada org ckp
jgn byk ketawa
nati kita akan berduka

berpada2lah..

azhar said...

jgn gelakkan org sudah tak baik tau...hehe

misza said...

sarah-najwan->selalu juga diingatkan jangan ketawa sampai lupa diri kan.
azhar->kalau gelakkan orang takut mcm malukan orang tu la pulak. memang lagi la tak baik. hehe

Gadis Kampung said...

alangkah indahnyer kalau dapat jadi jutawan di akhirat...

misza said...

betul Gadis Kampung. biar kita miskin di dunia. tapi kalau boleh nak dua².

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...