Hari ini adalah 14 Feb.
Sambutan hari kekasih tiada dalam agama kita.
Pada sesiapa yang dalam kad pengenalan tertulis
perkataan Islam tak payah nak berangan
menyambut hari yang sebegini. 15 Feb tahun ni
adalah cuti umum sempena MaulidurRasul. Ni yang
patut kita ingat dah hayati.
Cerita kat bawah banyak dah keluar kat blog lain
sebelum ni, tapi sengaja nak publish pada hari ni
untuk renungan kita bersama. Dapat dari akbar
Utusan Malaysia(26 Jan kalau tak silap)
PAPARAN kisah Mashalizah minggu lalu menarik perhatian seorang guru dari kawasan luar bandar untuk turut memberikan pandangan tentang masalah anak tidak sah taraf yang ramai di sekolah-sekolah sekarang ini.
Cikgu Nordarlina dalam e-mel yang dikirimkan dan ketika kami berbual panjang di telefon Isnin lalu turut melahirkan harapan agar pihak tertentu terutama ibu, penjaga, sekolah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran Negara turut memberi perhatian serius terhadap isu ini.
"Saya mengajar di luar bandar. Setiap tahun terdapat seorang, dua mungkin juga tiga orang murid yang tak sah taraf didaftar oleh penjaga di sekolah. Biasanya oleh nenek dan ibu kandung. Kita tahu anak-anak ini menerusi status maklumat tentang nama ayahnya, pekerjaan dan kad pengenalan yang ditulis "tidak diperolehi".
"Benar kata Mashalizah murid ini akan memencilkan diri, tidak berkawan dan bila ini terjadi sudah pasti pembelajaran mereka amat lemah. Bukan dia tak mahu berkawan, tetapi kawan-kawan yang menjauhkan diri daripadanya. Mungkin mereka sekampung atau kampung berhampiran dan kenal satu sama lain. Apabila jiran tetangga bersikap meminggirkan keluarga mereka secara tidak langsung ia menjadi ikutan.
"Lebih teruk lagi apabila nasib anak-anak malang ini juga menjadi bualan dan cemuhan masyarakat setempat.
"Jadi apabila di sekolah terpulanglah kepada guru-guru untuk mendekati, mendidik, merangsang dan mengasah potensi anak-anak ini. Mereka bukan bodoh, tetapi terpinggir dan tidak dipedulikan menyebabkan mereka tercicir dalam pembelajaran. Yang sedihnya ada kalangan guru sendiri memburukkan keadaan langsung tidak bersimpati, mencemuh dan membiarkan mereka duduk bersendirian di belakang kelas dan melabelkan anak itu bodoh.
"Sebagai contoh seorang guru di sekolah saya bukan sahaja mencerca murid tak sah taraf ini, malah menghebahkan keburukan ibu dan keluarganya kepada guru-guru lain dengan menggelarkannya "anak harimau". Secara kebetulan beliau kenal dengan keluarga anak tersebut. Maka perasaan buruk sangka dan melabelkan anak itu bodoh dan tak berguna tertanam di minda guru-guru.
"Saya pernah menasihatkan guru tersebut supaya berhenti memburukkan anak malang itu.
"Tidak dinafikan memang anak-anak ini lembap dalam pelajarannya, mungkin kerana tidak dibimbing dengan baik oleh ibu atau penjaganya. Mungkin ibu dan datuk nenek tidak dapat menerima kehadirannya menyebabkan anak ini bertambah tertekan hidupnya. Oleh kerana dia masih kecil pasti dia tidak berani meluahkan perasaan apa lagi bersuara.
"Keadaan bertambah buruk bila anak ini semakin besar dan terus naik kelas sudah pasti surat beranaknya akan berpindah dari satu guru kelas ke guru kelas yang lain. Pastilah maruahnya semakin tercemar dan mengaibkannya lagi.
"Satu masalah lagi terdapat penjaga enggan memberikan surat beranak kepada guru apabila diminta sebab malu dengan keadaan anak yang tak sah taraf selain bimbang jatuh ke tangan orang lain, sudah pasti memalukan keluarga.
"Jadi kalau boleh saya nasihatkan penjaga supaya mengubah surat beranak anak tak sah taraf ini apabila anak itu mencapai usia dua tahun atau sebelum dia masuk ke tadika.
"Kepada Jabatan Pendaftaran Negara juga janganlah menyulitkan urusan tersebut sebaik sahaja menerima permohonan daripada penjaga demi masa depan anak tersebut. Guru juga boleh memainkan peranan menasihati penjaga yang bermasalah dan memberitahu bagaimana masalah itu boleh diatasi.

5 comments:
ni natijah kemudian hari anak xsah taraf ni..kasihankan..keadaan sekeliling pasti begitu..itu baru masa skol..nati budak tu da besar..kerja..nk kawin..macamne..
semuga kita smua dilindungi allah swt...amin.
ditakdirkan anak ini lahir kedunia.itu amanah ALLAH..Sebagai seorg guru dan org2 disekeliling terimalah dia seadanya, sayangi dia..dia tetap suci...wlupun ada kekurangannya.brgnatung kpd siapa yg menjaganya.klu budak ni dijaga dengan baik , diapun boleh menyumbang kpd negara..yg background tu..bukan hak kita untuk brbicara..tu pedpt kak sal jee
...Sayalah orang itu...duduk paling belakang dan dapat nombor paling corot...jauh disudut hati ada sedikit kesal dipnggir guru.....apa boleh buat...apa yang diperkatakan oleh guru saya lambat tangkap...mungkin IQ lembab....tapi saya tidak salahkan sesiapa....masa terus bergerak...berlalu ....dan saya telah temui kehidupan saya sendiri........BAHAGIA?.....Saya akan katakan YA....
terima kasih pada yang beri komen. yang berlalu memang telah ditakdirkan. yang sekarang dan akan datang kita harus fikirkan...
Post a Comment