Pages

klik sini sekali

Friday, May 27, 2011

Bila-bila masa boleh meragut nyawa...

Assalamualaikum...
Sabtu lepas seluruh negara dikejutkan dengan berita 
tanah runtuh di Bt 14 Hulu Langat. Kejadian seumpama 
ini bukan perkara baru. Sebelum ni dah banyak berlaku 
cuma ada kalanya tidak menyebabkan banyak nyawa 
terkorban. Bila hujan berpanjangan penduduk di 
kawasan berisiko berlaku tanah runtuh hendaklah 
berwaspada. Sebab sebelum berlaku tanah runtuh, biasa 
amaran awal akan diketahui. Cuma kita je yang perlu peka.
Keruntuhan seperti ini nampak kecil. 
Tapi tak mustahil akan berlaku runtuhan besar di masa akan datang. 
Disekitar sini juga pernah berlaku runtuhan yang melibatkan
 nyawa ketika rumah masih dalam proses pembinaan. 
Sekarang masih berlaku runtuhan-runthan kecil. 
Bencana alam secara semulajadi tidak boleh dihalang. 
Kita hanya boleh berwaspada dan menyelamatkan nyawa 
sekiranya mengetahui serba sedikit tanda-tanda awal sebelum runtuhan.


Tuesday, May 24, 2011

JOM JOIN BLOGLIST MELURJELITA.COM BERSAMA AWAK SUKA SAYA TAK?

Assalamualaikum...
Dah lama tak update blog. Terima kasih pada yang sudi singgah.
Kali ni nak join bloglist melurjelita.com bersama
'awak suka saya tak'? Kalau tak suka pun tak pe. hehehe...
sesapa minat baca novel dan nak join boleh klik sini.
Sesapa yang minat baca novel klik je banner ASST kat
sebelah kanan ni yer. Untung tau. sekali klik je dapat baca
novel. Free pulak tu, tak yah beli, tak yah gi kedai.
ttm mula baca pun dari part 5. Rasa macam best pulak
cari la part-part yang sebelumnya. Penulis novel ASST
ni kata bahasa dia teruk. Main belasah jer.Tapi bagi
peminat novel macam ttm ni kira dah ok la tu. Yang
penting pembaca faham. Dan lagi satu dapat baca tanpa
keluarkan modal. Tapi satu je kebiasaan baca novel
yang tak dapat nak praktikkan dalam ASST ni. Biasa
kalau nak beli novel lepas baca tajuk, belek pulak
belakang. Bila dah beli baca sikit depan, pastu baca
 belakang. Ada masa langkau-langkau. ASST ni kena
baca part demi part sebab dia publish satu part satu hari.
Sehingga hari ni dah sampai part 60. Betapa sabarnya
baca satu novel sampai dua bulan tak habis. Biasa baca
dari malam sampai subuh jer..hehehe...

Monday, May 16, 2011

Jom Cantumkan Ayat.....

Assalamualaikum....
Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh negara.
Jasamu tetap dikenang.

Jom bina ayat panjang dari ayat-ayat pendek yang diberi.
1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:

January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku cium
May--------- ----aku terajang
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling

2-Ambil ayat dari hari lahir korang

1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------mobile telefon aku
8--------hantu jepon
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------lesung batu
18-------pedang aku
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ ninja
22-------Chuck Norris
23-------mee kari adik aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun

3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan

1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di dalam jamban
4 ---------di bawah katil
5 ---------di atas motosikal
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan

4-Ambil ayat dari color yang korang suka:

putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!

gabungkan kesemunya dan jadikan satu ayat.... mari kita tengok apa hasilnya..... selamat mencuba...
Hasilnya:  'aku buat sardin dengan ayam serama di dalm bilik towan sebab aku memang boleh buat'. hehehe...kalau rajin cuba la buat yer...

p/s ambik dari blog ujang, sorry yer tak mintak izin.
     sebab hari ni hari guru nak act macam cikgu BM. he³

Wednesday, May 11, 2011

Susu Terakhir Buat Sikecil

Assalamualaikum...
Terbaca kisah ni dalam fb yang turut di share oleh rakan-rakan lain....
'menunjukkan kasih seorang ibu hingga ke hujung nyawa'

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".

Tuesday, May 10, 2011

Bila Isteri Berleter

Assalamualaikum.....
Sebagai perempuan sape yang suka berleter.
Sebagai lelaki yang dah kawen pulak suka tak
kalau isteri berleter. Kalau dah jodoh dengan
perempuan yang suka berleter nak buat macam
mane kan. Suka ke tak suka kena suka la jugak.
Baru tau, sebenarnya bagus berleter ni. Dengar
kat tv pagi ni berleter ni merupakan terapi(awet
muda :)) bagi perempuan. Hati perempuan terletak
di mulut. Apa yang dia tak puashati akan diluahkan
untuk suami dengar. Kalau dia tak luahkan akan buat
dia sakit kepala, tension dll.
Bagi lelaki pulak kalau isteri berleter patut bersyukur
kerana ia menandakan isterinya sihat. Kalau isteri
sakit nanti dia tak berleter lagi.

aktiviti lelaki bila boring dengar isteri berleter
Saya suka berleter tak? Jawapannya tak dan ya. Sebagai isteri rasanya tak (sebab lebih suka
diluahkan melalui sms. hehehe...)
Sebagai ibu ya. Anak² pun dah faham sangat.
Jangan bagi mula, sebab kalau dah mula susah
nak berhenti. hehehe....

p/s pic sedut dari sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...