Pages

klik sini sekali

Wednesday, May 11, 2011

Susu Terakhir Buat Sikecil

Assalamualaikum...
Terbaca kisah ni dalam fb yang turut di share oleh rakan-rakan lain....
'menunjukkan kasih seorang ibu hingga ke hujung nyawa'

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".

12 comments:

~nsar~ said...

sedihnya... kasih ibu bawa ke syurga.. hingga ke akhir nafas..

storyfromme said...

besarnya pengorbanan dan kasih sayang ibu untuk anaknya.

ariana's said...

Sedihnya ..
muga rohnya ditempatkan dikalangan org yang beriman..
Dan moga anaknya itu akan menjadi seorang anak soleh /solehah yang sentiasa mengirimkan doa buat ibunya yang telah pergi dahulu..

{ finieViolet} said...

sedihnya kak.. dah berjuraian air mata ni..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

Ya Allah, sedihnya....
saya baca ni, sambil menyusukan anak. mengalir air mata...

sal said...

sedihnya cerita ni..

tak sedar air mata ni menitis..

Allahhu akbar..
semasa bertarung nyawa pun masih sempat mengingat anaknya..

misza said...

~nsar~, betul tu. bc pun dgn sebak.

misza said...

storyfromme, pengorbanan yang tak ternilai.

misza said...

ariana's, mudah-mudahan. mereka ini insan terpilih.

misza said...

{finie violet}, akak pun baca dengan perasaan yg sebak.

misza said...

Naimatul Hafizah Nor Rodin, dalam keadaan Fiza lebih menghayati. memang sedih, terharu dan macam² rasa ada.

misza said...

sal, betul tu. sedih yang tak terkata.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...