Pages

klik sini sekali

Wednesday, March 23, 2011

Bunga pahar

Salam....
Entry lepas cerita pasal bunga telur. Kali ni ada kaitan juga.
Tak abis lagi cerita pasal kenduri kawin dan yang sewaktu dengannya.
 
Bunga pahar ni.
Yang ni pihak laki nak bawak gi nikah.
Pastu terus bagi kat pihak perempuan la.
Biasa letak kat depan pelamin. Kira jadi nasi tambah
(sebab depan pelamin memang dah ada bunga pahar).
Pihak perempuan pun kalau datang ke majlis sambut menantu
akan bawak juga bunga pahar.

Tu dia, bunga pahar yang sedia ada depan pelamin.
Letak telur masin tuh.
Sekarang macam-macam, kadang depa letak telur puyuh 3 biji.
Tetamu yang bernasib baik dapat la bawa balik bunga telur tu
setangkai dua.
Ye la, kalau datang awal dan balik awal tak merasa la.
Bila majlis sanding dah selesai memang tuan rumah
akan bagi tetamu bunga telur tu.
Dia nak simpan buat apa.
Suka sangat kalau dapat bawak balik bunga telur kan. ^_^

p/s credit to erik.qasz. sedut gambar. tq

16 comments:

storyfromme said...

sekarang da kurang tradisi bunga telur ni.dorang banyak bagi cenderhati.

Cik Ezy said...

yela.. telo dh krng..
huu

babyhanny said...

telur masin lg sedap dr telur biasa... hehehe...

misza said...

storyfromme, ye la. spesis yang dah tak banyak. hehehe...

misza said...

Cik Ezy, ada kat bunga pahar je la. tu pun kadang depa letak jely.

misza said...

babyhanny, memang pun. lebih mahal n lebih besar. hehehe...

izzysabki said...

lamanye xmerasa telur knduri:D

misza said...

siannyer. bila nak balik Malaysia.

CT NoArIzAh ArIs said...

Abah sy tetap nk bagi bunga telur pd tetamu setiap kali majlis kahwin adik2 baginya x lengkap majlis tanpa bunga tradisi tu.

Tapi jenuhlah nak merebus dan membungkus telur beratus-ratus... huhuhu!!!

Melur Jelita said...

tetap suka bunga telur

misza said...

CT NoArlzAh, bestnya. ada adik yang belum kawin lagi? hehehe...

memang jenuh, sebab tu orang ramai memilih yang lebih mudah.

misza said...

Melur Jelita. suka makan telur rebus yer...

musang berjanggut said...

Cam wajib jer bagi bunga telur...Hehehehe...tapi, sekarang dah kurang orang bagi bunga tekur... Banyak bagi gula2 jer...

misza said...

musang berjanggut, betul tu. tapi tempat saya sekarang depa bagi gula-gula pada budak-budak. orang dewasa kalau tak de bunga telur dia orang bagi sesuatu yang lain.

She's retarded said...

sekarang ni orang bagi coklat je dalam kotak

misza said...

She's retarded,yess. penah juga dapat cenggitu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...