Pages

klik sini sekali

Tuesday, December 21, 2010

Bantuan Nak Masuk Sekolah

pic dari google.merah biar nampak ceria.
Macam best je hujung tahun ni. Minggu lepas
ketua wanita UMNO datang ambik nama anak
sekolah, nak bagi beg katanya. Itu sudah bagus.
Malam tadi pulak wakil PKR hantar borang.
Nak bagi bantuan peralatan sekolah. 

Ni la untungnya kalau DUN, PKR dan Parlimen
pulak BN. Dua² nak hulur sumbangan. Bukan nak
cerita pasal politik, tapi dimana² pun sekarang
sama. Kalau satu beri, satu lagi pun nak beri.
Yang untung yang menerima la kan.
Tapi kedua² majlis yang nak menghulurkan bantuan
akan diadakan pada hujung minggu ni. Cuma waktu
je yang berbeza. Hujung minggu ni pulak memang
dah plan nak balik kampung. Nasib la kot ada yang
baik hati tolong simpankan. Kalau tak kita beli la ye
dik(pggilan anak bongsuku).

4 comments:

Kamsiah said...

salam
hihi ok la tu,depa pakat2 nak bg sumbangan...
maybe PRU13 dah dekat

misza said...

ye la tu. tahun depan kot. hehe.

kakchik@ella said...

alhamdulillah. rezeki tu. hehe ..

misza said...

rezeki sebelum PRU13...hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...