Pages

klik sini sekali

Thursday, December 30, 2010

Cuti hujung tahun + tahun baru

Blogwalking pagi ni banyak jumpa entry
kegembiraan kemenangan pasukan bolasepak
kita. Habis je perlawanan malam tadi pun sama.
Jeling je kat bloglist(tak bw sbb ngantuk), dah
banyak yang update entry yang sewaktu
dengannya. Kemenangan menjadi penutup 2010. 
Pengumuman cuti Jumaat lagi menambahkan
kegembiraan yang memang dah sedia ada.
Hadiah hujung tahun. Bagi yang kerja enam hari
seminggu(macam saya) nampaknya dapat la cuti
panjang minggu ni. Boleh la uruskan mana yang
tak settle lagi barang² anak sekolah.
Tahun 2011 empat orang anak sekolah di empat
sekolah berlainan. Banyak kena bayar yuran PIBG
ni. Tak kisah sangat la setahun sekali. Yang dua
orang di sekolah asrama yang berlainan. Minggu
balik kena jemput dan hantar semula. Pada minggu
tak balik biasa kena lawat la pulak. Semakin sibuk
hujung minggu tahun hadapan.
SELAMAT TINGGAL 2010
SELAMAT DATANG 2011

2 comments:

Anonymous said...

selamat bercuti HUJUNG TAHUN yea :)

misza said...

terima kasih. belum pasti lagi cuti. silap² kena panggil kerja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...