Pages

klik sini sekali

Friday, March 25, 2011

Kemana hilang kasih dan sayang

Assalamualaikum....
Ini adalah entry copypaste dari sini.  Mungkin ramai yang dah membacanya.


Sebak dada menahan hiba dan pilunya tatkala melihat sekujur tubuh kecil tanpa dosa, tidak tahu apa-apa dilayani dengan zalim dan kejam oleh yang melahirkannya. Sanggup melihat bayi yang baru lahir dalam keadaan begini, manusia apakah mereka ini. Begitu tega membuang bayi yang dikira masih bernyawa di pembuangan sampah, seorang bayi yang comel seberat 3.5kg sanggup seorang yang bergelar ibu melayan zuriat yang dilahirkan tanpa belas kasihan, lantaran binatang pun mengasihani anak-anak mereka.

Anak adalah anugerah Allah yang bukan semua orang akan mendapatnya. Setelah mendapat anak kemudian dipersiakan dan dibunuh. Juga amanah yang perlu dipikul oleh kedua ibu bapa. Dan akan ditanya di akhirat nanti oleh Allah apakah kita telah menunaikan dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.


Rasulullah s.a.w bersabda;

''Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni muslim) Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi."
(HR Bukhari)

Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas ibu bapalah yang menentukan samada anak-anaknya "menjadi" atau tidak.

Salam Ukhuwah..~

10 comments:

misSbLurRy said...

aih entah la nak kata apa kan.....
papepun harap dpt hindari dr perbuatan gini....

* klo xnak baby, bg den....den boleh jaga beliau

misza said...

InsyaAllah. kena sentiasa beringat & berhati-hati.

*nak gak baby. penah sampai termimpi² ada orang buang baby depan umah...

azharr said...

sedih dan malu yg buat tu bangsa kita sendiri..hmm

babyhanny said...

alamak..ni yg nk leleh ni kalo ade berite cmni... isskk..isskk..org lain bersusah payan nk dapatkan zuriat.. ni senang2 je yg buang2... xde akal btl...

S..U..D..@..I..S said...

keringkah hati?
atau gersangnya kasih sayang...

Princess Nur said...

Sungguh tidak berperikemanusiaan.. tunggu la balasan di akhirat esok *terima kasih singgah blog nur ye kak :)*

Solihin Zubir said...

tak layak dipanggil manusia..
tak layak juga dipanggil binatang sbb lbih teruk dri binatang..
ish!

Raja Nakal said...

serius sian budak tu... x patut a betl.. lau x nk anak pun bg la kat owang ke hapa ker...

Adzriel AB said...

tak ada hati perut betul.

misza said...

azharr, babyhanny, S..U..D..@..I..S, Princess Nur, Solihin Zubir, Raja Nakal, Adzriel AB. Terima kasih sudi komen. macam-macam rasa bila baca cerita sebegini. manusia semakin hilang perikemanusiaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...