Pages

klik sini sekali

Friday, March 4, 2011

Berinai lagi

Salam...
Ngantuk sungguh pagi ni, gara-gara tidur lewat dan
tidur tak lena. Sebab apa? Adik sepupu yang nak
kawin kita pun sibuk nak pakai inai sama. Tau je la
bila dah pakai inai mesti nak jaga-jaga. Silap-silap
nanti bukan jari je yang merah. Nanti tilam bantal,
dan lebih parah kalau muka pun merah-merah.  Sejak
sendiri kawin dulu rasa inilah baru nak berinai lagi.
Masa adik kawin baru ni teringin nak pakai tapi depa
tak bagi, banyak keje nak kena buat. Simpan inai dalam
peti ais, abis majlis balik KL lupa nak bawak.

gambar hiasan search google
Malam tadi makcik buat doa selamat, esok anak(laki) dia
nak nikah. Orang laki pakai inai 3jari jer. Yang lebihnya untuk
elak pembaziran amik la sape-sape yang nak. Jadi pagi ni
merah menyala kuku & hujung jari. hikhik...

p/s tak abis-abis kenduri kawin. tiap ujung minggu gantung kuali.

4 comments:

nub said...

nak pakai gak..hikhik

misza said...

nub, kalau dah pakai tak le pukoi² lagi...faham kan. ^_^

Melur Jelita said...

Elok la tu..mendirikan masjid ..kuali gantung pun tak apa..hehehe

misza said...

betul kak. kita tolong meraikan sama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...