Pages

klik sini sekali

Friday, April 8, 2011

Bagaimana caranya???

Assalamualaikum...
Camne nak bagi harapan pada orang yang sakit.
Sian, lebih-lebih lagi bila orang yang terlalu rapat
dengan kita. Senang cakap ahli keluarga yang kita
sayang.Nak cakap lebih-lebih pun kita tak tau apa
yang dia rasa. Nak bagi semangat pun kita tak
pernah ada pengalaman.

Nak bagi cadangan untuk mencari penawar yang
tertentu. Tapi tak sampai hati nak cakap memandangkan
dah terlalu banyak tempat yang dia pegi. Botol berisi
air mineral dah bersusun. Semua dari tempat yang dia
berubat termasuk la tempat² yang femes.

Hospital jangan citer la. Dari mula sakit hospital dah
jadi rumah kedua. Scan sudah, operate sudah, kemo
pun sudah. Dalam masa tak sampai setengah tahun
badan pun dah jadi teramat kurus.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Kos perubatan yang tinggi buat sesetengah orang
memilih untuk berserah saja....

11 comments:

storyfromme said...

hanya Allah je yang dapat membantu.banyak-banyakkan berdoa.

aTy _faRed~ said...

bagi kate2 semangat..banyak kan doa tuk dia.. tu hadiah terbaik... saye pon doakan semoga Allah permudahkan urusan dia...insyaallah..

suri solehah said...

salam..susahkan..kalau keadaan camtu..yg penting doa kita agar dia tetap tabah n bersabar dengan ujian Allah...

Liza @ Adzriel AB said...

ahli keluarga... kadang2 tak perlu kata apa2. pegang aje tangan dia sambil senyum ikhlas. layan kalau dia nak bercerita.

[p@kcikLie] : [ mamaDiana] said...

usaha dah dilakukan..berserah n tawakkal kpd Allah,

bisikkan kata2 semangat pd telinganya..

kita disekelilingnya kena kuat, lbh2 lg keluarganya...sentiasa berikan kata2 posiif smbil berdoa untuknya...

@mamadiana

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

jgn tunjukkan kesedihan kita..
kite kena sentiasa bg smangat pd dia..kena!

pinky doakan smga dia cpt sembuh..

misza said...

storyfromme, insyaAllah. terima kasih.

aTy_faRed, kata² semangat tu yang susah nak luahkan.

misza said...

suri solehah, salam. memang susah. dulu saya pernah menyertai sukarelawan di hospital(luekimia). dengan orang lain lebih mudah nak bagi semangat. bila dengan keluarga sendiri cuma mampu berdoa jer.

misza said...

Liza@Adzriel AB, itu yang dapat saya buat. nak harap dia bercerita memang tak la. kalau ditanya pun dia jawab seringkas yang boleh. macam tak bermaya jer.

misza said...

p@kcikLIe:[mamaDiana], betul juga. selain kami adik beradik&emak yang terdekat adalah suaminya. Alhamdulillah, suaminya juga tak pernah jemu berusaha.

misza said...

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ , terima kasih yer.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...