Pages

klik sini sekali

Tuesday, April 12, 2011

Pelanggan tergamam hidangan patin rm13,000

Assalamualaikum...
Semalam post pasal ikan patin, hari ni nak
citer pasal ikan patin gak lagi.

Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
mereka dikenakan bayaran RM13,000.

NONEMenurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

NONEBernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Berita penuh sila klik malaysiakini.

10 comments:

storyfromme said...

cekik darah giler.tak hadam makanan tu dlam perut sebab mahal sangat.

DKosongLapan said...

tapi memamg betoi...memang melampo kene cekik dengan tokeh kedei tu......13k...dah bulih dapat kancil seken hen oooo.....

Cik Ezy said...

13k??? boleh buat banje kawen..
isk..
giler mhal..

ERYNAAKMA said...

maK oiiii ikan patin ke ikan emas nih...mahal nak mamposss nie...aduhai ... ..apsal mahal sgt la ....baru 50 org datang makan....ni harga dah cam kenduri kawin punya katering nih....isk3.....

Payche said...

kalah katering !!! hahah~

[p@kcikLie] : [ mamaDiana] said...

amik kesempatan la tu agaknya..cm x logik la plak...kayo cpt la peniaga patin Temerloh skang dah keluo paper plak!

{ finieViolet} said...

mak aihh mahalnya ikan patin..

kak misza..sy jemput akk join giveaway sama2 dgn sy. kalau akk sudi la.. thanks..:)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam, tapi bsb dengar org kata bukan 50org tapi 150 org yg makan.. tak tahu ler mana betul...

Wattie said...

ish, ish, ish...mahalnya, terkejut beruk den mendengarnya...

munna said...

duduk Temerloh ni... tak pernah lagi jumpa Org jual mahal macam tu.. ni kes cekik darah sebab tgk org luar dah tu masa pilihanraya kecil...ambil kesempatan lah tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...