Pages

klik sini sekali

Tuesday, September 13, 2011

Perjuangan terakhir selepas 6 tahun

Assalamualaikum....
Hari ni jam 8.15am bermula untuk menjawab satu kertas UPSR.
Buat semua yang menduduki peperiksaan ini terutama Muhammad
Hilfi&kawan-kawan SKKCB semoga dapat menjawab semua
soalan dengan tenang dan yakin.

Kami Ibubapa bersama Guru-guru SKKCB telah melaksanakan
apa yang sepatutnya. Kini semua terletak pada diri anak-anak.
Semoga Allah memberkati usaha anak-anak dan membuahkan
hasil yang dapat membanggakan. Biarpun sekadar peperiksaan
sekolah rendah(kalau tak lulus pun boleh masuk sekolah menengah)
tapi ianya penting untuk menjadi pembakar semangat dimasa hadapan.
Bagi yang ingin tinggal di asrama keputusan peperiksaan ini juga yang
menentukan.


Selama enam tahun(Muhammad Hilfi tujuh tahun termasuk pra-sekolah)
disini, inilah tahun yang terakhir. Semoga ianya meninggalkan kenangan
yang manis.


Melihat wajah ibu-ibu(tak nampak lak bapa disini) dan guru-guru rasa
lebih cemas dari anak-anak. Nampak harapan yang begitu tinggi.
Semoga kalian tenang dalam menjawab soalan di dewan peperiksaan.
Doa kami sentiasa mengiringi...GOOD LUCK

3 comments:

babyhanny said...

anak yg mn kak amik upsr??

sal said...

moga anak2 yg telah bertungkus lumus untuk mendapatkan ilmu, berjya dalam peperiksaan..amin

misza said...

babyhanny, anak yang ke3.

sal, Amiin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...