Pages

klik sini sekali

Tuesday, November 9, 2010

Cerita bos 2

Dah lama bos tak datang ni. Depa dah menggelupor sebab tak dapat nak claim. Bila bos duk sini lama menggelupor nak belakon. Macam² wayang sampai dah kehabisan idea. Yang tak de keje pun buat² macam banyak keje(termasuk aku). Tapi aku suka simpan keje (special nak buat time bos ada). 
Hujung tahun ni aku pening betul la. Ramai yang nak apply cuti. Bos ni memang tak suka staf dia cuti. Kalau ada dua orang je apply cuti muka dia dah semacam. Tapi yang bestnya kita orang keje sabtu halfday. Kalau kena public Jumaat dia mesti sambung Sabtu, boleh pulak. Hujung tahun ni ramai yang nak holiday. Aku pulak macam² hal. Nak tenguk anak ambik hadiah kat sekolah, nak kenduri, semua nak kena cuti. Kalau letak je form kat atas meja dia, memang dia buat tak tau je. Boleh dia buat tak nampak je. Sengaja aku letak betul² depan dia, pun dia buat tak kisah jer. Aku kena inform satu² lak. Pastu orang lain punya cuti aku pulak nak kena menjawab. Sampai time aku punya cuti aku dah kehabisan idea, haru tol la...
Nape la dia tak suka staf cuti. Macam aku ni bukan banyak sangat keje, kalau aku keje 4 hari seminggu pun semua keje settle. Tapi tak boleh jugak kan, sapa nak jadi tukang jawab talipon. Lagipun dia dah bayar aku untuk keje 5hari + 1/2ari(kecuali cuti). hehehe...kalau cuti sehari je aku suka ambik el(walaupun dah plan). Pastu aku akan call awal pagi(memang dia tak angkat punya) & sms. Kalau dia nak kata apa pun aku memang dah cuti. Apa pun selagi mampu aku akan terus keje & terima segala kata-kata bos. Sebab aku tau dia memang baik, cuma manusia kan tak sempurna.

2 comments:

g0m0k9enDek said...

yup.. setuju! manusia biasa itu tiada yang benar2 sempurna kan...

misza said...

betul²...kita pun tak sempurna. jadi jangan mengharap orang lain sempurna.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...