Pages

klik sini sekali

Wednesday, January 19, 2011

Baru pandai makan tempe

Walaupun berketurunan jawa anak-anak tak suka makan tempe.
Kalau goreng pun depa tak makan. Kalau buat sambal goreng
jawa(campuran tempe, kentang dan soohon dll) dia orang akan
pilih dan tepikan tempe.
Tahun ni anak sulung dapat belajar kat salah sebuah sekolah
agama di Banting, Selangor. Baru tau kat sana dewan makan
sediakan makanan tempe. Kantin sekolah pun jual tempe goreng.
RM1 dapat 3 ketul. Hehehe... Kenyang makan tempe. Sekarang
lepas dua minggu sekolah dia dah jadi penggemar tempe.
Lepas ni tunggu anak-anak lain pun nak hantar ke sekolah yang
penduduk setempat berketurunan jawa. Biar tau menghayati
makanan yang banyak khasiat ni. ^_^
tempe goreng cicah sambal kicap

8 comments:

Illiana Hidayah said...

wahhhh! tempe makan ngan sambal kicappp! marvelosssss gilaaaaa ah!
dulu zaman2 belajar kat jb selalu carik tempe..skrg dah jarang jumpa...kasi posss bley? hehehhehe

jomsantaisekejap said...

sebab sy ni orang johor walaupun bukan jawa, kat sana tempe goreng, tahu goreng dan pisang goreng..semua makan cicah dengan sambal kicap..
Pergghh memang menjilat jari.
Emmm lepas ni nak cari tempe lah.

misza said...

Illiana Hidayah. duk mana tu. pasal jarang jumpa tempe.

misza said...

jomsantaisekejap. sedap juga makan pisang goreng dengan sambal kicap. orang Johor yang ajar dulu. mula² pelik. sekarang dah suka.hehe

CT NoArIzAh ArIs said...

Pengalaman duk asrama dulu klau dh terdesak mknanan yg tak suka pun leh jadi feveret !

KELI OH KELI said...

oh tempe...sedapnyaaaaaaa...tp kat penang susahlah nk jumpa...uwaaaaaaa...nk tempe.....nk tempe....

nub said...

nak blajaq jgak ni..hhehe

diana said...

orang utara ramai yang tak makan tempe..hehhe..
tapi akak makan la sebab dulu biasa dok kat jb..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...