Pages

klik sini sekali

Monday, January 10, 2011

Betul mati hidup semula.

Hari sabtu lalu, balik kerja terkejut dengan satu berita. 
Sorang kanak-kanak(3 tahun) jatuh dari tingkat tiga rumah 
flat(sebelah blok jer). Berita ni tak masuk mana-mana surat
khabar. Nak tenguk pun tak sempat sebab dah bawa ke
hospital. Awal pagi Ahad pulak (tiga pagi) doktor di HA dah
sahkan budak tu tak bernafas lagi. Lepas tu berita terus
tersebar(bagi yang berjaga malam sampai pagi).
Dengan kuasa Allah tiada yang mustahil. Pukul empat pagi
ketika hendak dikeluarkan dari ICU budak tu didapati masih
bernafas.
Pagi tu kita orang berkumpul untuk satu program. Ada yang
kata "budak jatuh semalam meninggal". Ada yang kata
"eh tak la". " abis berita yang aku dengar tadi palsu la?".
"Betul jugak". Dua berita yang bertentangan melibatkan
individu yang sama.
Sampai ke hari ini masih di HA. Bersyukur pada Allah atas
keajaiban yang diberikan. Semoga selepas ini tidak lagi
dibiarkan kanak-kanak ini(kanak-kanak lain juga) bermain
tanpa pengawasan yang sepatutnya. Malang tidak berbau
tapi sebagai insan kita tetap kena berhati-hati. Ini sebagai
ingatan(buat diri sendiri juga)...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...