Pages

klik sini sekali

Thursday, January 20, 2011

Gejala bunuh diri

Bila dengar kes bunuh diri ni takut pulak kan. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan orang yang dikenali atau berlaku berhampiran tempat kita tinggal.
MENGAMBIL nyawa sendiri atau bunuh diri adalah tindakan yang salah dalam agama Islam dan juga agama-agama lain. Masalah remaja bunuh diri adalah gejala yang berlaku dalam masyarakat kita tetapi sukar difahami mengapa. Angkanya meningkat tetapi tidak pula dikongsi.
Untuk mencegah gejala ini dalam kalangan remaja, kita perlu memahami pengaruhnya dalam tingkah laku remaja yang ingin bunuh diri yang mungkin terdiri daripada kehidupan keluarga dalam kepesatan budaya teknologikal, perasaan disisihkan daripada tanggungjawab dewasa, atau ketiadaan kemahiran mengurus hubungan interpersonal. Ini antara sebab yang menyumbang kepada gejala ini.
Di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), gejala bunuh diri adalah punca kematian yang ketiga tertinggi dalam kalangan remaja. Ia dijangka meningkat jika tidak dibendung awal.
Negara seperti Jepun turut mengalami fenomena ini terutama kalangan remaja mereka. Malah, tidak mustahil akan berlaku di Malaysia dan sudah pun ada tetapi masih kecil bilangannya.
Adakah amalan agama yang cetek yang mendorong remaja Islam kita terjebak dalam gejala bunuh diri ini? read more


bangunan tinggi biasa dijadikan tempat terjun



7 comments:

sarah-najwan said...

eee...ni nyakit sosial skrg
xsanggup berdepan dgn prob
amik jln singkat..

semoga kita semua ditetapkan keimanan mita..

misSbLurRy said...

hurm kadang2 diorg nie buntu...
masalah menimbun tapi xde sapa nak tlg..
so klo nampak org2 yg pelik nie..tolong2 la dia

Suhami Ahmad said...

atok ado terbaco 1 hadith tu, kalau bunuh diri orang tu akan mati selama-lamanya macam dia bunuh diri tu...maksudnya, kat akhirat nnt, kalu dio bunuh diri terjun bangunan, dia akan terus menerus terjun bangunan selama-lamanya....

misza said...

sarah-najwan. betul. hanya iman yang boleh membuat manusia berfikir dengan waras.

misza said...

miSbLurRy. InsyaAllah, semoga orang yang buntu akan bertemu dengan jalan yang betul.

misza said...

Suhaimi Ahmad. terima kasih berkongsi info. Na'uzubillah.

aiezhaa said...

nauzubillah minzalik.
-singgah kejap. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...