Pages

klik sini sekali

Friday, January 14, 2011

Mengumpat Yang Dibenarkan

Salam...
Dalam keadaan yang tertentu ada mengumpat yang dibolehkan. Mengikut Imam al Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin ada 6 perkara atau situasi yang dibenarkan untuk mengumpat.
Antaranya:
1. Apabila seseorang itu dizalimi. Dia boleh bercerita dan mengadu kepada pihak yang berkuasa seperti sultan @ kadi.

2. Ketika meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran. Cth seperti ada terdapat ajaran sesat, dia boleh memberi maklumat kepada yang berkenaan seperti pejabat agama.

3. Meminta fatwa. Semasa meminta hukum @ fatwa keaiban & kelemahan orang lain boleh disebutkan. Cth: pada zaman Nabi isteri Abu Sufian, Hindun binti Utbah bercerita pada Nabi perihal suaminya yang kedekut. Ia tidak di anggap umpatan. Sabda Nabi 'ambillah sesuatu yang mencukupi untuk dirimu & anakmu secara yang makruf'.

4. Diharuskan untuk menyedarkam masyarakat, sebab perlu beritahu tentang bahaya & kesesatan yang berlaku di sekeliling. Cth: seorang yang memang fasik, jahat, boleh disebut siapa supaya dielakkan.

5. Ulama kata boleh mengumpat bila kemaksiatan @ kemungkaran berlaku terang²an. Syariat mengizinkan pendedahan bagi melahirkan kewaspadaan seterusnya pencegahan. Kata Hasan al Basri 3 golongan yang boleh diumpat yang menurut hawa nafsu, melakukan kefasikan terang²an dan pemimpin yang zalim.

6. Ketika memuji sesuatu yang baik untuk dicontohi.

6 comments:

S..U..D..@..I..S said...

terima kasih info untuk perkongsian...

azhar said...

bab ni kena jaga supaya x tersilap langkah mcm jugak menulis di blog...

sarah-najwan said...

tima kasih info ni..

misza said...

S..U..D..@..I..S & sarah-najwan,
sama-sama kasih. sharing is caring.

azhar, betul sgt.kalau orang tulis blog kita baca?

nazirulhazwan~ said...

woo, time kasih wes, best info

CT NoArIzAh ArIs said...

Lebih baik jgn di sebut nama org yg di umpat contohnya bercerita tentangnya utk tujuan keinsafan atas kesalahannya...ini pesan ustazah sy di sekolah dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...