Pages

klik sini sekali

Tuesday, January 4, 2011

Orang Melayu(Islam) boleh ke bela anjing???

Pagi ni blogwalking terjumpa la pulak entry bertajuk 'sebetulnya boleh bela anjing ke tak?' Tertarik pulak untuk mengetahui dan mengikuti setiap komen. Salah satu komen amat menarik perhatian dan ingin pulak nak share dengan yang lain. Terima kasih ye melurjelita. sebab benarkan saya copypaste. Payah juga nak melayan kerenah anak² yang sangat cerdik membalas kata ni. Kalau nak tau info lebih detail boleh la klik ketajuk entry dia tu. Saya ambil sedikit je ni.
Mengenai hukum membela anjing adalah seperti berikut :
Penjelasannya boleh saja ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran.
Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234)
Antara alasan-alasan fuqaha’ seperti Ibn Hajar ialah:
1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg mengunjunginya
2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing
4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat)
5. Tabi’at anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas dan lugas, demikian kata Ibn Abdil Barr (atTamhid, 14/221).
Kata al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha’ mengatakan haram, hakikat sebenarnya Islam tidaklah melihat anjing dengan keras, kasar dan harus membunuhnya. Dalil: hadith Jabir ra, ” kalau bukan kerana anjing-anjing itu satu ummat di antara umat-umat yang lainnya, niscaya aku perintahkan membunuhnya. (HR atTermidzi dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram)
Rumusan:
1. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah dilarang oleh RasuluLlah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya.

2. Walaupun anjing ditegah menjadi hobi, Islam tidaklah bersikap keras kepada anjing jika ada keperluan seperti unit anjing di jabatan kepolisian, menjaga ternakan dan tanaman.

Abu Basyer January 4 at 11:16am Report

6 comments:

Gadis Kampung said...

ada kwn kepada saya dia bela anjing dari kecik sampai skrg nama anjing dia jonny...masa kecik anjing nie terbiar...dia cian pastu ambik bela sampai sekarang...

Novelgurl said...

o..mcm tu..tq 4 da info^^

misza said...

Gadis Kampung, teringat iklan serbuk pencuci kat tv. 'baju yang kotor boleh dicuci, tapi hati yang suci sukar dicari'.

misza said...

Novelgurl, sama-sama. sharing is caring kan.

Botak said...

kesimpulan nyer., tak payah bela anjing..
banyak lagi haiwan lain yang boleh dibela.. :)

misza said...

Botak, tersangat lah betulnya. ada yang senang jangan cari susahkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...