Pages

klik sini sekali

Monday, February 7, 2011

Mana satu jadi pilihan???

Salam...
Tajuk ni bukan pilih pakwe @ makwe nak couple yer...
Tapi tajuk untuk orang dewasa(18SX).  ^_^

Menjadi surirumah sepenuh masa adalah pilihan sesetengah wanita.
Tapi adakala keadaan memerlukan ibu bekerja. Demi membantu
suami menambah pendapatan, menanggung kedua orangtua,
membayar pinjaman ketika menuntut dan bermacam-macam lagi
yang tak tertanggung oleh suami seorang.
Tapi kali ni nak tau mana satu pilihan seorang ibu untuk anak yang
masih kecil dah perlukan perhatian yang sewajarnya.

Antaranya:
1. mengambil seorang bibik,
2. menghantar ke nursery atau
3. kerumah pengasuh(cth jiran yang dikenali & saudara yang
    tinggal berhampiran).

Semua tempat-tempat ni ada kebaikan dan keburukannya.
Kalau saya pasti akan memilih yang ke 3. Tapi bukan semua
orang bernasib baik boleh mendapatnya. Ada kawan tu baru je
pindah ke rumah baru awal tahun baru ni. Tetiba bibik dia lari.
Jiran pun baru dikenali dan hampir semua bekerja. Pilihan yang
ada cuma 'nursery'. Nak ambik bibik lagi pun dah serik. Agak
lama baru anak-anak dapat sesuaikan diri. Payah juga kan.

17 comments:

Amira Naddia said...

hanta ke umah ibu mertua da la..haha

misza said...

Amira Naddia, kalau ibu@ibu mertua dekat memang satu bonus. tapi dengan syarat mereka masih sht & sukarela nak jaga.

sal said...

klu ambik bibik pun, kadangkala ok, ada kala x ok, sb lambat buat keja..nasib-nasib yee..

misza said...

sal, kalau lambat buat keje boleh tahan lagi tapi ada yang malas terus tak nak buat keje. dia jadi bos pada anak kita. ^_^

sarah-najwan said...

setakat ni..walau susah pyh ngan anak 4..saya xpenah amik bibik..penakut dgn stori2 tu..

masa anak saya msih baby..saya akn cari pengasuh sb jika anta nursery..sian sgt..

dah umur anak 2 thun..bole anta nursery sb dia da bole bw diri dgn kwn2..gtulah pesen seme anak saya..

misza said...

sarah-najwan, biar susah sikit asal anak selamat kan.

rinie din said...

say no to no. 1. baik berenti kerja. serik

misza said...

rinie din. kalau dapat jaga anak sendiri memang puas hati.

yott said...

bibik makcik sy keja x sampai setahun dah balik kg halaman..ssh nak cari pengasuh dan bibik skrg...

Amir Said said...

comelnya baby tu... :-)

kalau saya, saya xnak guna bibik. maybe option no 2 or 3 tu. tak percaya la dgn bibik2 ni.

misza said...

yott, memang betul.


Amir Said, anak adik angkat saya.

pilih yang terbaik untuk anak² kan.

aslam said...

jom jd UTC..

CT NoArIzAh ArIs said...

Assalam..swaktu anak2 saya kecil sy hntar ke pengasuh.. mmg mcm2 ragam pengasuh ni... tapi demi anak sabar ajelah.. kita kerja pun untuk bantu ekonomi keluarga bukan utk suka2.

AiMaN said...

atok dah komen balik pasal ISU PINJAMAN MARA DI ENTRY INI : http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/02/isu-pinjaman-mara-haram-pendidikan.html

misza said...

CT NoArIzAh. sama la. kita pun tak boleh nak cerewet sangat dengan pengasuh.

AiMaN. tima kasih. dah baca.

topimagine said...

antar kt rumah madu je.. hahahaha

misza said...

topimagine. hati². ingat tak kes yang baru ni. anak kecil meninggal didera ibu tiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...