Pages

klik sini sekali

Thursday, June 9, 2011

Amalan Supaya Anak Tidak Degil


1.   Semasa anak, isteri atau suami sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.   Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3.   Semasa ibu jari di atas ubun-ubun, selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4.   Angkat ibu jari anda atau kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar, atau apa sahaja. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5.   Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

10 comments:

pena rozie said...

Tq... Good info.

Wattie said...

salam
singgah baca info menarik

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

terima kasih atas info yg menarik sesuai utk saya yg ada 3 org anak nie..

misza said...

pena rozi, w'come. yes.

Wattie, salam. terima kasih.

BSB, sama². info utk kita kongsi.

Anonymous said...

time ksih share ilmu..:)

sal said...

perkongsian info yg bermanfaat..terimakasih sesangat..

Lydia Miza said...

salam sis,miza dtg ziarah.sht ke?amalan dan tips ni miza pernah cuba buat utk anak lelaki .dia meronta2 takmo gi sek masa br2 pindah qatar,buat 3 hari terus ok...mmg kena berserah pd Allah jika nak hasil yg baik buat anak2.

miza duk malaysia smpi smgu raya,tgu bersalin br blk qatar..hihi

rafina mimi abdullah said...

kalau anak2 dah besar boleh buat lagi x macam ni?

misza said...

izzysabki, sama-sama.

sal, sama-sama sesangat juga. :)

Miza, pernah buat yer. tahniah.
tabahkan hati berjauhan dengan suami.

Mrs.Yie, InsyaAllah. isteri @ suami pun boleh.

inapramli said...

insyaAllah nk cuba juga..tq.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...