Pages

klik sini sekali

Monday, October 11, 2010

Alhamdullillah...ibuku dah jadi onyang.

Tanggal 6 Oktober anak saudara saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan di hospital Ipoh. Ini adalah kali kedua dia melahirkan bayi perempuan kerana yang pertama kembali kepada penCiptanya sebelum sempat dilahirkan tahun lepas. Anak saudara saya ni adalah anak sulung(ikutkan tak sulung juga kerana dua orang abang kembarnya meninggal semasa dilahirkan) kepada abang saya yang ketiga. Nampaknya abang saya ni mendahului adik beradiknya yang lain untuk bergelar datuk(datuk yang ada cucu ler). Abang yang sulung baru plan nak terima menantu tahun depan. Kakak yang kedua pula insyaAllah akan menimang cucu tahun depan.  Alahai dah jadi nenek(nenek saudara ler).
Ibuku(mak ngah depa panggil) pula dah jadi onyang(mbah oyot dalam versi jawa). Mak long pun dah ada dua orang cicit sebelum ni. Nenek ku pula(mak pada mak&adik beradik yang lain) nak panggil apa yer. cicit-->cucu-->anak-->mak-->nenek-->moyang--> mo.....oooowhh tidaaaaak.....
Apa-apa pun syukur pada Allah swt kerana mengurniakan umur yang panjang pada mereka dan kesihatan yang baik. Semoga keluarga besar ini sentiasa dalam keberkatan dan penuh dengan kasih sayang.....Alhamdullillah.......

4 comments:

ayukhairy said...

tahniah ^_^

misza said...

tima kasih Ayu.^_^

Kamarul Karmain said...

yang belum kawin pun, dah jadi mbah ni.....

misza said...

untuk sementara waktu ko sandang la gelaran mbah bujang. lembah bujang dah jd sejarah...e ceh ceh ceh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...