Pages

klik sini sekali

Saturday, January 8, 2011

Tinggal kenangan...

Salam...
Majalah 3 malam ni buat teringat zaman kecik² dulu. Masa tu ramai orang kampung yang mendulang bijih timah sama ada fulltime @ part time. Masa tu banyak lombong bijih timah dalam daerah Kinta(kampung saya Kampar). Tapi sekarang dah tak da lagi. Tak sangka pulak masih ada orang yang mendulang sekarang ni.
Susah mendulang ni tau. Sakit pinggang membongkok lama-lama. Tapi demi sesuap nasi ini lah antara aktiviti orang kampung dulu. My mum pun pernah buat kerja ni. 

Yang ni pulak kapal korek.
[Mines_2.jpg]
Kapal camni masih banyak terbiar dan tak beroperasi lagi. Masa kecik dulu dengan kawan-kawan suka tenguk kapal ni. Masa tu ramai pekerja. Kalau tau orang tua kita orang tau memang marah. Bahaya sebab air tasik tu dalam. Sekarang pulak dah dijadikan tempat memancing. Tapi masih ada pengawal. Walaupun memancing tak berbayar tetap dikawal sebab takut mengundang bahaya.

Banyak lagi cara yang lain. Ni cuma cara yang paling mundur & yang paling maju.

p/s gambar cari kat google jumpa kat sini. mohon share yer.

2 comments:

Unknown said...

huu...memories oo...hehehe

misza said...

betul. dulu tak de laptop. main jauh².

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...