Pages

klik sini sekali

Thursday, April 21, 2011

Rasullullah SAW dengan buah limau

Assalamualaikum....
Sebelum pergi kerja pagi² biasa la masak untuk santapan tengahari
anak balik sekolah. Sambil masak sambil tenguk tv. Biasa dua
dalam satu. Lepas 'tanyalah ustaz' tengok la mukadimah. Tajuk
'senyum' oleh Prof Izi. Terselit juga kisah 'Rasulluulah dengan buah
limau'. Nak mudahkan citer gi la godek kat blog azharr .  
Teringat satu masa dulu dia pun ada post citer ni. 
Copypaste je, cepat dan mudah.
  "Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir.
Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu
membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda
menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh
Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya
Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini
tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman,
hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri
untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW
menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu
masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian
turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang
akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya
bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan
semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak
akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda
yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu
pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia
bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para
sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya
 tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia
Rasulullah SAW.


 p/s gambar dari google. gambaran yang cantik. tapi tak tau isi manis @ masam.

5 comments:

Anonymous said...

hehe..cerita Rasulullah mmg bagus...bukan sekadar cerita tp banyak panduan berguna..tq

munna said...

mulianya akhlak Rasulullah.... semoga kita mencontohi Rasulullah

Unknown said...

Rasulullah memang contoh yang terbaik..

nasib baiklah tak suka makan ikan patin..klu idak habislah bergadai nak bayar ikan patin ni

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam, BSB suka baca citer macam nie...

bersama kak Es said...

masya Allah..hebtnya baginda :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...