Setiap hari ASST dah menjadi satu bahan bacaan. Novel bersiri yang diilhamkan oleh tuan punya blog melurjelita.com. Sehingga ke hari ini dah lebih 80 part yang di post. Ramai peminat novelog ni. Tak tau la minat kat Hilman Yong @ Intan Zulaikha @ jalan ceritanya. Tapi rasanya minat kat semua la. Gandingan yang mantap dan menghasilkan sesuatu yang menarik. Ramai yang ketagih untuk baca. Tahniah kak melurjelita.
Buat masa ni cerita belum habis lagi.
SINOPSIS ASST.
Puteri Intan Zulaikha dilahirkan dalam keluarga bahagia yang penuh dengan kasih sayang. Seorang gadis cantik dan punya personaliti yang menyenangkan sesiapa saje yang mengenalinya. Namun kegagalan cintanya ketika dimenara gading menjadikan dirinya begitu berhati-hati dalam memilih teman.
Muhammad Hilman Yong seorang jejaka tampan berdarah campuran telah memilih Islam sebagai pegangan agama ketika berusia 21 tahun. Kasihnya pada Intan dan cintanya pada Allah berjaya membuka pintu hati Intan untuk menerima lamaran jejaka itu. Tapi akibat sedikit salah faham mereka berpisah.
Pertemuan tanpa diduga selepas tiga tahun berpisah telah menyemarakkan lagi perasaan yang sememangnya tak pernah terpadam. Kebahagiaan menyulam kasih berpaksikan ajaran Islam akan dipanjangkan kejinjang pelamin. Halangan datang tanpa diduga. Ketika majlis akad nikah begitu hampir Hilman kemalangan. Kemalangan yang meragut memori bersama Intan dan Islam.
Hilman kembali hidup seperti sebelum memeluk Islam bersama keluarganya. Ketabahan Intan ada kalanya tergugat bila melihat Hilman dalam diri Damien. Demi sebuah janji dapatkah Intan mengembalikan Damien kepada Hilmannya semula???
p/s. bahasa dalam novel ni begitu santai dan mudah difahami.
gambar cilok dari post ASST part 85.
kredit Bingkisan : Nik Razita jelita
gambar cilok dari post ASST part 85.
kredit Bingkisan : Nik Razita jelita
3 comments:
sebuah novel yg akan meletup tidak lama lagi :)
menarik jalan ceritanya..
tentu bnyk pengajaran dan mesej yg ingin disampaikan..
japan2...:)
JOM singgah blog saya nak...Benci r aku dokter tu...ubat? lagi la
Post a Comment