Pages

klik sini sekali

Tuesday, November 30, 2010

HANYA UCAPAN TERIMA KASIH YANG MAMPU DIUCAPKAN

Alhamdullillah...semua berjalan dengan lancar. Terima kasih yang tak terhingga untuk mak(mil), kakak(tukang masak handalan), semua ahli keluarga, saudara mara dan kawan². Tanpa bantuan semua mungkin tak jadi la majlis ni. Kepada semua sponsor(yang telah mensponsor macam²) terima kasih daun keladi.hehehe... 

kambing panggang sponsoring by Jai.
      

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.


Monday, November 29, 2010

Keburukan Walker

entry ni copypaste dari fb. sekadar untuk panduan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Ketepikan Walker,Biarkan Anak meniarap

"Cantik walker Syafiqah, ada mainan di bahagian depannya. Inilah yg menyebabkan Syafiqah ke hulur ke hilir dgn walker pemberian neneknya" "Syafiqah ni br 6 bln.Kalau saya tiarapkan atau dia meniarap sendiri tak boleh lama-lama.Nanti dia menangis. Dia marah sbb badannya agak berat,dia tidak menjulur ke depan"

" Saya nak berkemas dan memasak terpaksalah masukkan dia ke walker. Syafiqah suka duduk di depan pintu melihat org lalu lalang.Saya boleh bt kerja" ujar ibu Syafiqah Inilah masalah yg dihadapi oleh ramai ibu di luar sana dan entah berapa ramai lagi anak-anak yg senasib dgn Syafiqah.

Sebagai ibu kita perlu sedar bahawa meniarap, menjulur serta merangkak adalah pergerakan atau latihan fizikal yg penting bg pembangunan fizikal dan intelek anak-anak

Thursday, November 25, 2010

Tiga Tahapan Bayi Dalam Rahim ۩۞۩ Bukti-Bukti Bahwa Qur'an Adalah Kalam Allah ۩۞۩

Dalam Al Qur'an dipaparkan bahwa manusia diciptakan melalui tiga tahapan dalam rahim ibunya.
"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?" (Al Qur'an, 39:6)

Sebagaimana yang akan dipahami, dalam ayat ini ditunjukkan bahwa seorang manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga tahapan yang berbeda. Sungguh, biologi modern telah mengungkap bahwa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga tempat yang berbeda dalam rahim ibu. Sekarang, di semua buku pelajaran embriologi yang dipakai di berbagai fakultas kedokteran, hal ini dijadikan sebagai pengetahuan dasar. Misalnya, dalam buku Basic Human Embryology, sebuah buku referensi utama dalam bidang embriologi, fakta ini diuraikan sebagai berikut:

Wednesday, November 24, 2010

Segumpal Darah Yang Melekat di Rahim. Keajaiban Alqur'an ۩۞۩ Bukti-Bukti Bahwa Qur'an Adalah Kalam Allah ۩۞۩

by Keajaiban Alqur'an ۩۞۩ Bukti-Bukti Bahwa Qur'an Adalah Kalam Allah ۩۞۩


Jika kita terus mempelajari fakta-fakta yang diberitakan dalam Al Qur'an mengenai pembentukan manusia, sekali lagi kita akan menjumpai keajaiban ilmiah yang sungguh penting.
Ketika sperma dari laki-laki bergabung dengan sel telur wanita, intisari bayi yang akan lahir terbentuk. Sel tunggal yang dikenal sebagai "zigot" dalam ilmu biologi ini akan segera berkembang biak dengan membelah diri hingga akhirnya menjadi "segumpal daging". Tentu saja hal ini hanya dapat dilihat oleh manusia dengan bantuan mikroskop.
Namun, zigot tersebut tidak melewatkan tahap pertumbuhannya begitu saja. Ia melekat pada dinding rahim seperti akar yang kokoh menancap di bumi dengan carangnya. Melalui hubungan semacam ini, zigot mampu mendapatkan zat-zat penting dari tubuh sang ibu bagi pertumbuhannya. (Moore, Keith L., E. Marshall Johnson, T. V. N. Persaud, Gerald C. Goeringer, Abdul-Majeed A. Zindani, and Mustafa A. Ahmed, 1992, Human Development as Described in the Qur'an and Sunnah, Makkah, Commission on Scientific Signs of the Qur'an and Sunnah, s. 36)

Di sini, pada bagian ini, satu keajaiban penting dari Al Qur'an terungkap. Saat merujuk pada zigot yang sedang tumbuh dalam rahim ibu, Allah menggunakan kata "'alaq" dalam Al Qur'an:
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari 'alaq (segumpal darah). Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah." (Al Qur'an, 96:1-3)
Arti kata "'alaq" dalam bahasa Arab adalah "sesuatu yang menempel pada suatu tempat". Kata ini secara harfiah digunakan untuk menggambarkan lintah yang menempel pada tubuh untuk menghisap darah.

PANAS DINGIN DUNIA BLOG

Salam semua...(yg baca enrty ni la)
Mula-mula masuk dunia blog ni saya fikir yang
baik jer. Mula berblog ramai kengkawan yang
membantu secara maya. Baiknya mereka ni
(dari dulu, kini dan selamanya). Langsung tak
kedekut ilmu. Bila blogwalking buat saya selalu
tersenyum baca entry kengkawan.

Tapi pagi ni blogwalking buat saya sedih. Kawan
baru kenal di blog Aishah telah kembali ke
Rahmatullah. Al Fatihah buat beliau.

Lepas tu pulak singgah kat blog DTS, singgah
lagi ke entry yang dilinkkan. Betul-betul buat
dahi saya berkerut.  Kepada kengkawan semoga
dunia blog ni dapat menjalinkan persahabatan
yang baik.

Sekian, terima kasih. hehehe...   

Tuesday, November 23, 2010

Rahasia Besi. Keajaiban Alqur'an ۩۞۩ Bukti-Bukti Bahwa Qur'an Adalah Kalam Allah ۩۞۩

Besi adalah salah satu unsur yang dinyatakan secara jelas dalam Al Qur'an. Dalam Surat Al Hadiid, yang berarti "besi", kita diberitahu sebagai berikut:
"…Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia ...." (Al Qur'an, 57:25)
Kata "anzalnaa" yang berarti "kami turunkan" khusus digunakan untuk besi dalam ayat ini, dapat diartikan secara kiasan untuk menjelaskan bahwa besi diciptakan untuk memberi manfaat bagi manusia. Tapi ketika kita mempertimbangkan makna harfiah kata ini, yakni "secara bendawi diturunkan dari langit", kita akan menyadari bahwa ayat ini memiliki keajaiban ilmiah yang sangat penting.
Ini dikarenakan penemuan astronomi modern telah mengungkap bahwa logam besi yang ditemukan di bumi kita berasal dari bintang-bintang raksasa di angkasa luar.
Logam berat di alam semesta dibuat dan dihasilkan dalam inti bintang-bintang raksasa. Akan tetapi sistem tata surya kita tidak memiliki struktur yang cocok untuk menghasilkan besi secara mandiri. Besi hanya dapat dibuat dan dihasilkan dalam bintang-bintang yang jauh lebih besar dari matahari, yang suhunya mencapai beberapa ratus juta derajat. Ketika jumlah besi telah melampaui batas tertentu dalam sebuah bintang, bintang tersebut tidak mampu lagi menanggungnya, dan akhirnya meledak melalui peristiwa yang disebut "nova" atau "supernova".

1st Day SPM

Jengok blog adik²(kira pangkat anak² 
juga) banyak yang pot pet pasal SPM. 
Blog cikgu cikgi pun sama. Kat fb pun 
serupa. Semacam satu peperangan.
SPM ni macam jambatan untuk 
meniti masa depan. Gud luck untuk 
semua yang ambik SPM. 
Untuk Muhammad Rafiq Bin Rozali 
yang menuntut di SAM10. Mama &
abah sentiasa doakan yang terbaik.
Peperangan ni yang menentukan tempat
untuk tahun hadapan.....



Bilakah Nabi Muhammad S.A.W menikahi Aisyah?

Sebahagian besar riwayat yang menceritakan hal ini terdapat dalam hadis di mana keseluruhannya hanya diriwayatkan oleh Hisham bin Urwah.

Asal periwayatan ini adalah daripada orang Iraq, di mana Hisham tinggal di sana dan pindah dari Madinah ke Iraq pada usia tua iaitu 71 tahun.

Menurut Ya’qub bin Syaibah: “Hisham seorang perawi yang dipercayai, riwayatnya dapat diterima, kecuali apa-apa yang dia ceritakan setelah dia berpindah ke Iraq”.

Dalam pernyataan yang lebih lanjut dinyatakan bahawa Malik bin Anas menolak riwayat Hisham yang dicatat daripada orang Iraq: “Saya pernah diberitahu bahawa Malik menolak riwayat Hisham yang dicatat dari orang-orang Iraq”. (Tahzib al-Tahzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Dar Ihya al-Turath al-Islami jil.2 hlm. 50).
“Ketika mencapai usia tua, ingatan Hisham semakin berkurangan”. (Mizan al-I’tidal, Al-Zahabi, Al-Maktabah al-Athriyyah, Pakistan, Jil. 4, hlm. 301).
Justeru, berdasarkan pernyataan dan sumber di atas, Hisyam mengalami masalah ingatan atau ingatannya kurang baik setelah dia berpindah ke Iraq dan periwayatannya diragui.
Sehingga riwayatnya mengenai umur pernikahan Aisyah adalah tidak tepat. Adapun

ShoutMix Sakit....

Dari pagi tadi bukak je blog tengok shoutmix
tak berfungsi. Cuba la refresh tengok sama jer.
Jalan-jalan pulak ke blog kengkawan. Tengok
sama juga. Cuba masuk web dia pun tak boleh
juga. Hari ni(dari pagi hingga entry ni ditaip)
memang shoutmix tak boleh guna la kot.
Ramai sangat yang menjerit agaknya buat
dia semput. hehehe...
semoga lepas ni semua kembali pulih...

Alhamdullillah.....akhirnya aku lulus.

Pagi ni bukak je internet terus masuk website mii.
Alhamdullillah dapat B. hehehe. Kira ok la(bagi
buah nangka di luar pagar). Masa nak periksa
dulu duk tanya kawan² ada yang sampai kali
ketiga baru lulus, ada pulak yang tiga kali pun
tak lulus. Terus tak nak ambik dah. Tapi my sis
(& anaknya) kata senang jer nak lulus. Tak
kisah dapat gred apa asalkan lulus. C pun masih
lulus. Aku pun target nak lulus jer. Kalau tak lulus
nak ambik lagi kena bayar lagi, masa lagi.
Terima kasih pada semua yang memberi dorongan
dan membantu. Lepas ni tak tau lagi nak plan apa.
Relex dulu la. Tahun depan baru mula. Banyak lagi
nak settle sebelum abis tahun ni. hehehe...
Tahniah untuk diriku sendiri....

Monday, November 22, 2010

WANITA : AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Assalamualaikum,



Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?Namun adam tetap rindukan hawa.Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.

Untuk diluruskan oleh lelaki.Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.Didiklah mereka dengan panduan darinya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.


Nak sertai Blog Review pulak.

Blog Review- 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku.
banner yang kena letak untuk entry ni.

Jalan-jalan kat blog miya jumpa la entry ni. Nak join gak la. Nak tau juga apa pandangan blogger otai tentang blog ni. Kot-kot la kurang masin, masam atau manis. Mesti banyak yang tak cukup. Boleh la tambah apa yang kurang nanti. Nak belajar juga cara-cara nak menambah. Maklum la baru sangat berblogger. Lagi pun saya main belasah je. Bukan pandai IT pun. Harap-harap dapat la menambah sikit demi sikit ilmu melalui segmen-segmen sebegini. Kepada kengkawan lain yang nak join sila la ke www.gnesop.com. Kepada en sop dan geng terjah nanti terima kasih banyak-banyak.

Sunday, November 21, 2010

Makanan Melayu Automatik Halal ?

Adakah kita dituntut untuk menyelidiki dan bertanya setiap masa, setiap kali? Bagaimana pula jika semasa memilih makanan di bazaar Ramadhan. Adakah semuanya halal ? atau adakah mencukupi hanya bergantung kepada bangsa atau agama penjual? Jika Islam, adakah secara automatic makanannya juga halal ? Bagaimana pula jika penjual itu berbangsa Melayu, adakah secara automatik dia juga Islam dan makanannya halal ? Begitukah sifirnya?

Jawapan yang ideal namun kurang praktikal adalah :

Semua tidak halal kecuali setelah yakin melalui kajian, semua bahan yang digunakan adalah halal.



Memberi jawapan sedemikian memang mudah, namun pelaksanaannya kurang dimampui. Islam tidak diturunkan untuk menyusahkan, namun begitu sebahagian hukum Islam ada yang dirasai sukar, bertujuan menguji sejauh mana keimanan umat Islam terhadap larangan dan suruhan Allah swt.

Dapat 2 Award Dari cucuatokaji

Award Pertama


Ni Award ke2


Bila dapat award kena la jawab soalan pulak.
Kalau tak jawab le x???ni yang lomah ni...

Untuk Award yang pertama:
-1) Kenapa saya pilih nama blog saya camtu?
-2) 5 perkara yg saya suka
-3) 5 perkara yang saya tak suka
-4) tag orang lain
Jawapan:

Saturday, November 20, 2010

CERITA KREATIF : Aku nak bagi BEN ASHAARI hadiah ..

http://www.benashaari.com/2010/11/cerita-kreatif-aku-nak-bagi-ben-ashaari.html
BEN ASHAARI singgah & jadi follower. Tak terduga olehku.
Sebagai tanda penghargaan kepada follower yang ke 66.

image
Wow hari jadi Ben Ashaari 30 November. Tahun berapa???
hehehe...(nak kira umur la tu)...Tak kisah la muda ke tua.
                         Mula², hepi besday.
        Nak bagi hadiah apa yer, mesti taste tinggi.
Kalau ikutkan tak mampu. Tahun lepas aku ada beli 
 hadiah(guna duit gaji...) , nak bagi kawan sempena
majlis perkahwinan dia.Masa nak pergi majlis tu hujan
   lebat sangat. Tak jadi la pergi.Tapi hadiah tu ada,
       aku simpan & masih berbalut. Bagi Ben la.....
                      dalamnya kena teka....


                                   kebarangkaliannya.....

Kerja Hujung Minggu.....

Kerja hari Sabtu ni macam boring jer. Mood hujung minggu. Kengkawan pun suka monteng² bila hari sabtu. Duk sorang² kat opis macam bodo jer. Dah la Hari Raya baru ni pun kena panggil kerja. Ada ke patut tengah makan sedap² kat rumah kakak depa call suruh datang.
Eh! esok pun kena datang gak. Tak da orang lain ker? Balik² kena juga. Sib baik sekejap jer. Kalau lama memang nak mengamuk. Tak pe, balik jogging mai sekejap. Pastu limit satu jam jer. Kalau lebih nak mintak alaun. Kalau tak dapat lain kali sorry la nak keje time cuti. Abis je waktu keje tak kan ku jawab panggilan pasal keje.  Nak off x le juga sbb hp ada satu jer. Nanti kot keluarga call nak bagitau hal penting susah pulak. Apa² pun keje. keje & keje. Minggu depan nak cuti......

Friday, November 19, 2010

PANDUAN MEMILIH JODOH

N3 ni khas utk yg belum kawen yer...
Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.


Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.


Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.


Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona Dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.


Fikir betul-betul. Solat istikharah Dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu Ada sandaran ilmu dan petunjuk.


Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.


Antara yang menarik tulisan berikut:


Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga. Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang Ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT Dan JELAS.


Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.


Apa Tujuan Berumahtangga?


Thursday, November 18, 2010

TIDUR SELEPAS WAKTU SUBUH.......

<span>Fuqaha’ memandang makruh tidur selepas dari solat subuh.
 Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

Pertama;
 Anak kesayangan nabi SAW, Fatimah bercerita bahawa satu hari Rasulullah SAW lalu di rumahnya dalam waktu subuh, dan didapati bahawa Fatimah sedang berbaring. Lalu Rasulullah SAW menggerakkan Fatimah dengan kakinya sambil berkata;


يا بنية قومي اشهدي رزق ربك ، ولا تكوني من الغافلين ، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

Maksudnya;“Wahai anak perempuanku, carilah rezeki tuhanmu, dan jangan kamu jadi dari kalangan orang yang lalai. Kerana sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki-rezeki manusia itu, diantara terbit fajar hingga terbit matahari” [Sya’b Al-Iman : 4550 : sanad hadis ini lemah]

Kedua:
 Daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

باكروا طلب الرزق والحوائج ، فإن الغدو بركة ونجاح

Wednesday, November 17, 2010

DAPAT tag AWARD lagi...

Kali ni Finie pulak tag...
Pastu izzanis lak tag...
Jadikan satu je la yer, sbb jawapan pun sama.
Ni la award dia(tengok bawah erk)...

Cantik gak award yang Finie & izzanis dapat ni.
Kita pun sebagai rakan blogger tumpang la sekaki.
Kalau tumpang dua kaki nanti ter over pulak.
Tapi kena jawab soalan ke ni...layan jer la...
bukan susah sangat nak jawab cuma 
nak menjawab dengan ayat kreatif je yang tak reti.


                   1) berikan 1 nick name untuk saya.
          nick name banyak tapi kena pilih satu jer.
               saya pilih yang paling mudah 'mis'
  omputih selalu sebut untuk panggilan orang belum kawin.
kawan saya pulak suka tulis miss, miz sambil senyum-
                                          senyum.


                 2) ucapan untuk pemberi award ini...
              terima kasih sangat-sangat untuk Finie.
tak dapat nak balas pemberian ni. kalau dekat boleh share
               daging korban yang dapat tadi. heheh..



AWARD DARI eiYdA

             Ni pulak award dari eiYdA
           Dia tak tag pun saya, tapi saje 
            buat muka tak malu...hehehe...

 sebenarnya dia tinggal pesan kat shoutmix.
 sebagai tanda penghargaan pada kawan
 blogger yang baik hati dan ingat pada kita,
  ambik ler. tima kasih yer...terasa la juga
kehadiran kita dalam dunia blog ni ada yang 
   nampak. maklum la blog tak seberapa.
 pengetahuan dalam dunia blog pun takde.
thx juga pada kengkawan yang lain, sebab
            selalu bagi tunjuk ajar. 


JOM JADI FOLLOWER GADIS KAMPUNG

JOIN MY CONTEST-Be My Follower
(ni tajuk entry dia. hehehe)
Create your own banner at nukilangadiskampung.blogspot.com!









     Salam kengkawan blogger.
         Mai la join contest ni. 
     Rasa dah lama gak dia buat.
Tapi belum sampai tarikh tutup lagi.
   Dia nak cari 1010. nape 1010?
Nak tau details klik kat bawah ni yer...


Saya adalah follower yang ke 348.
       Contest ni saya tau dari 
http://nukilangadiskampung.blogspot.com/
            owner dia la kan....
             Jom la singgah.


                    TARIKH TUTUP PENYERTAAN:
Bila follower saya mencecah 1010 maka automatik contest ini
                                           ditutup
                                                @
                TARIKH TAMAT CONTEST : 26.12.2010

                   







Kad Aidil Adha Untuk Saya....


       Ni pulak kad aidil adha dari gadis kampung...
               Terima kasih yang tak terhingga. 
       Terubat sikit hati yang duka lara sebab tak
      dapat nak balik kampung. Bukan sebab tak
      cuti tapi cuti satu hari jer. Mana sempat nak 
     balik dua kampung(mak sendiri & mil). Kalau
     balik satu kampung je takut lak salah sorang
    kecik hati. Maklum la hati ni tak nampak, jadi 
    kena la jaga hati & perasaan orang tua. Apa²
                pun lepas subuh tadi dah call. 
     Selamat berkorban. Jap gi nak tolong orang 
       sembelih lembu, tapi tolong tengok jer......

Tag Dari Cuna


Salam kawan² blogger...
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Cantik kan butterfly kat atas tu.
Pagi raya bukak je blog dapat tag dari Cuna.
Terima kasih daun keladi khas buat Cuna yer.
Ni saya tag lak kawan lain
               Finieisnajla
           Gadis Kampung
                Melurjelita

Monday, November 15, 2010

Dosa Yang Lebih Besar Dari Berzina

Entry ni saya copy dari blog eiyda. thx erk.
Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.


Sunday, November 14, 2010

Cinta Di Mata Anda

BannerFans.com

http://mhzmc.blogspot.com/
Terima kasih MHZ sebab tag saya. Tak reti nak buat benda ni, tapi cuba la juga.


Tuliskan nama penuh..hehehe. bukan tulis, taip
           Miskiah  Karmain


Pandangan/Komen  Cool Fm
Kenal sejak berblog ni, tapi tak penah dengar lagi. Boleh dengar ke, tolong bagi tau camne. Ikut pada nama mesti la sejuk je mata yang memandang. Kalau dengar mungkin hati akan tenang. Pemilk blog(merangkap DJ kot)  MHZ(Mohd Hakimi bin Zulkifly). Salah seorang pendorong saya gak la dalam berblog. Walaupun kenal maya tapi kira dia baik la. Antara rakan blog yang terbaik. Kalau nak kenal dia klik kat atas tu yer...


Definasi Cinta Di Mata Saya
Cinta yang tulus lahir dari hati yang ikhlas 
        dan tidak mengharap balasan.
Cinta pada Allah menjamin kesejahteraan hidup 
             di dunia dan akhirat.


nak tag kengkawan. tak reti. hehehe..
buat malu jer kan. ni la
buah nangka diluar pagar.
ada sesapa boleh tolong ajar.


ok. sekian terima kasih.

Saturday, November 13, 2010

PETUA NAK CERDIK & KUATKAN DAYA INGATAN...

Entry ni saya copypaste dari blog..http://melurjelita.com/

Tips untuk menguatkan daya ingatan (penting untuk anak – anak juga orang dewasa )
1. Jangan lihat apa yang tubuh kita buang. Faham kan…Tak faham ya? Ok, kalau kita melepaskan hajat, kita dilarang melihat hasil buangan kita. DILARANG KERAS! SANGAT MERBAHAYA! Boleh menumpulkan daya ingatan tahap maksima! Sudah selesai, flush je, tak payah nak tengok – tengok. Tak ada maknanya, lagi memudaratkan..he he he
2.  Jangan baca tulisan di kubur
3. Tidak digalakkan makan asam – asam atau buah yang masam. Tak usah makan terus , habis cerita.
4. Pantang makan mee segera seperti brand ahem, ahem, ahem, ahem dan ahem….faham – faham sendiri la ya.
5. Pantang makan junk food..Malas nak ahem, banyak sangat.
6. Pantang minum air gas atau ais.
7. Jangan merokok ! mencerut ! mendadah ( dadah ) ! mendedah ! mencarut ! dan yang sewaktu dengannya
8. Kurang air manis, banyakkan air kosong.
9. Banyak makan kismis
10. banyak makan burung puyuh
11. Minum madu
12. selalu baca ayat seribu dinar ( amalkan ) surah at talaq
13. amalkan surah Thoha ayat 1 – 2 ( hembus ubun – ubun anak sebelum tidur agar anak lembut hati dan mudah dibentuk mengikut acuan Islam)
14. selawat 7x (lebih pun tak apa)
dan tak ingat lagi…rugi tak bawa pen.
Sekian , terimakasih.

ALLAH MEMANGGIL KITA HANYA 3 KALI SAJA SEUMUR HIDUP

Ibu berkata... * Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*
Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'

Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.
1) 'Panggilan pertama adalah Adzan, ujar Ibu.
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.
Saya terpaku.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......

Ibu melanjutkan,
2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya uang menjadi punya uang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul.
Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.

Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.
Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.
Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulillah...

3) 'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah surga adalah balasannya.. ...'


Thursday, November 11, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

From the album: BACA DENGAN TELITI N HAYATI DALAM HATI
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Wednesday, November 10, 2010

Hati Yang Rawan

Hati yang rawan
Bagaimana harus kupendam
Pada siapa hendak kuluahkan
Sampai bila pula harus kutahan

Hati yang rawan
Ku sembunyikan di balik senyuman
Ku selimuti dengan keriangan
Ku tak mahu ketahuan teman

Hati yang rawan
Bagai api dalam nyalaan
Ku cari air untuk disiramkan
Namun minyak juga yang kutemukan

Hati yang rawan
Biarlah selamanya terus kusimpan
Walaupun bagai api didalam sekam
Semoga Allah memberi ku kekuatan....


Tuesday, November 9, 2010

Cerita bos 2

Dah lama bos tak datang ni. Depa dah menggelupor sebab tak dapat nak claim. Bila bos duk sini lama menggelupor nak belakon. Macam² wayang sampai dah kehabisan idea. Yang tak de keje pun buat² macam banyak keje(termasuk aku). Tapi aku suka simpan keje (special nak buat time bos ada). 
Hujung tahun ni aku pening betul la. Ramai yang nak apply cuti. Bos ni memang tak suka staf dia cuti. Kalau ada dua orang je apply cuti muka dia dah semacam. Tapi yang bestnya kita orang keje sabtu halfday. Kalau kena public Jumaat dia mesti sambung Sabtu, boleh pulak. Hujung tahun ni ramai yang nak holiday. Aku pulak macam² hal. Nak tenguk anak ambik hadiah kat sekolah, nak kenduri, semua nak kena cuti. Kalau letak je form kat atas meja dia, memang dia buat tak tau je. Boleh dia buat tak nampak je. Sengaja aku letak betul² depan dia, pun dia buat tak kisah jer. Aku kena inform satu² lak. Pastu orang lain punya cuti aku pulak nak kena menjawab. Sampai time aku punya cuti aku dah kehabisan idea, haru tol la...
Nape la dia tak suka staf cuti. Macam aku ni bukan banyak sangat keje, kalau aku keje 4 hari seminggu pun semua keje settle. Tapi tak boleh jugak kan, sapa nak jadi tukang jawab talipon. Lagipun dia dah bayar aku untuk keje 5hari + 1/2ari(kecuali cuti). hehehe...kalau cuti sehari je aku suka ambik el(walaupun dah plan). Pastu aku akan call awal pagi(memang dia tak angkat punya) & sms. Kalau dia nak kata apa pun aku memang dah cuti. Apa pun selagi mampu aku akan terus keje & terima segala kata-kata bos. Sebab aku tau dia memang baik, cuma manusia kan tak sempurna.

SUAI KENAL BLOGGER .. ANDA BERMINAT ?

http://www.benashaari.com/2010/11/suai-kenal-blogger-berminat.html
Sebenarnya dah lama saya duk ushar benda ni. Dari fb sampai ke blog.Tapi tak berkeyakinan nak join. maklum la blogger baru. Banyak yang tak tau dari yang tau. Takut tersalah buat ke. Dah buat pulak saya peram kat draft. Nak tunggu tempuh matang. hehehe...
BEN ASHAARI

Terima kasih Ben Ashaari sebab buat entry sebegini....
Selamat datang dan terima kasih juga kepada kengkawan yang mengunjungi blog saya ni.  Saya memang baru dalam dunia blogger ni. Dulu saya suka terjah blog orang & baca² saja. Sebab saya memang tak tau apa nak isi kalau ada blog sendiri. Tapi betul juga macam kata Ben. Satu perkataan pun dah cukup, nanti lama² tambah lagi. hehehe...
Saya pun nak berkenalan dengan blogger seMalaysia. Eh boleh ker. Cuba dulu. belum cuba belum tau...dah cuba baru tau...

Monday, November 8, 2010

Cemburunya aku matinya begitu...

By: Towil
ALHAMDULILLAH… dia dah meninggal”, begitu ungkapan ahli paramedik yang datang dengan ambulan ke hotel tempat aku menginap di Madinah Al Munawwarah sebaik memeriksa denyut nadi isteri Haji Seman di bilik mereka. Aku pergi kepada Haji Seman dan berbisik di telinganya mengkhabarkan pemergian isteri beliau kerana aku kira dia tidak faham ungkapan itu yang disebut dalam Bahasa Arab.
 Sebak Haji Seman tak dapat ditahan, langsung bercucuran airmatanya ke bahuku. Hening pagi Jumaat itu begitu mendamaikan walaupun rancangan asal aku nak berqiyamullail di Masjid Nabawi bersama Haji Seman pada jam tiga pagi tergendala lantaran kematian isterinya. Sempat aku memandang wajah isteri beliau di pembaringan yang seakan tersenyum tenang sewaktu jenazahnya diangkat ke ambulan untuk disahkan kematiannya di hospital.
 Tiga hari sebelum itu sewaktu di Lapangan Terbang Sultan Abdulaziz Shah Subang aku sembat berbual dengan isteri Haji Seman yang juga rakan kepada ibuku. Memang lembut tuturkatanya meminta aku tolong tengok-tengokkan dia dan suaminya sebab dia tidak begitu sihat. Aku diberitahu yang dia ada darah tinggi dan kencing manis. Hanya setibanya kami di Karachi, Pakistan sewaktu transit dalam perjalanan pergi baru aku diberitahu oleh Haji Seman perihal isterinya yang baru menjalani pembedahan mata buat kali ke-8.
 Kami transit dua hari satu malam di Karachi. Pada pagi hari kedua Haji Seman meminta aku tolong carikan klinik untuk memeriksa keadaan isterinya yang muntah setiap beberapa jam selepas makan semenjak dari Subang. Aku beritahu Doktor yang memeriksa makcik ini ada darah tinggi dan kencing manis. Hasil pemeriksaannya mengatakan keadaan makcik stabil termasuk tekanan darahnya. Rumusan Doktor mengesyorkan kami mendapatkan ubat mabuk penerbangan dari farmasi kerana keadaan makcik tidak serius.
 Sesampai di Jeddah, kesemua 99 jemaah Umrah bersamaku dijamu dengan makanan yang telah siap dibungkus oleh pihak katering muassasah. Makcik yang semakin lesu dalam perjalanan masih cuba menyuap nasi yang disediakan, namun selepas beberapa jam dalam perjalanan kami menuju ke Madinah, dia muntah lagi. Mujur suaminya Haji Seman sentiasa disisi melayani makcik dengan penuh kasih sayang meskipun mereka sudah berpuluh tahun hidup bersama.

Sunday, November 7, 2010

BACA & SEBARKANLAH KALAU ANDA SAYANGKAN ISLAM....!!!

ISLAMKAH AKU???
Salam...
Artikel ni aku copy dan paste from blog Otak dan Lutut...Adalah tanggungjawab aku menyebarkannya....
Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Thursday, November 4, 2010

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Tuesday, November 2, 2010

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

N3 ni ada persamaan dengan post terdahulu, tp dlm bahasa omputih. yang ni kita baca lak dalam versi melayu.

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini.

Fakta yang membingungkankan adalah:

Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.

Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ?

Jawabnya adalah :

Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini.

Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini :

Kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan :

Sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon.

Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy:

New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.

Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Salam Ukhuwah..~

copypaste dari fb Tok Wan


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...