Pages

klik sini sekali

Wednesday, February 23, 2011

Baju Cinta

Cerita ni dapat dari emel. Seorang rakan mengirim kepada Kamaliah Karmain dan di forwardkan kepada ttm.

Seorang nenek datang menziarahi  rumah cucu perempuannya yang baru
berkahwin. Setelah  membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati
cucu  perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di  badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, 

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja  nie nek!"..

"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si  nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya. 
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya  menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap  nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu 
suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU  CINTA ini di
hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya. 

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya  mungkin itu cara terbaru
si isteri melayan sang suami. Di  dalam perjalanan pulang si nenek mendapat
idea. Fikirnya  dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat 
mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. 


gbr hiasan. ambik dari koleksi fb Megat
Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan  semua pakaiannya,
mandi, berbedak dan memakai minyak wangi  sewangi wanginya. Kemudian si
nenek tadi pun menunggu si  atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang..
Sebaik saja  pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan  pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???"  marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si  nenek tadi.

"BAJU CINTA???...... Kok iyea pun..... IRON  la dulu baju tuh!!
nampak sangat kedutnyer....." 

akakakaka......................


p/s ade ke macam nie... ^_^

Monday, February 21, 2011

Pokok serba guna

Bagi yang tak biasa rasa macam unik pokok kelapa ni. Kalau pokok tepi jalan dibentuk @ dicantas cantik memang biasa. Tapi pokok ni tinggi.
Ha...ni la tempat jual otak-otak (orang sana sebut otok-otok), kawasan Kemaman. Terengganu. Dia orang ambil daun kelapa untuk bungkus. Pokok yang lain tengah tunggu giliran.
Pic ni dari google. Lupa nak snap gambar yang dia orang buat. Tapi rasa otak-otak yang jual kat KL memang tak sama. Selain otak-otak dia orang jual satar.
yang ni pun google. masa makan tak ingat nak snap gambar.
Tak nampak pulak pokok pisang kat kawasan sekitar.
Mesti pokok pisang pun togel macam pokok kelapa.

Cool wif SunGlass

1st time join contest yang seumpama ini. 
Dapat tag dari nurqaseh. (mamawana)


Sesapa nak join sili la klik P.i.n.K.y MoMMa
Sah sehingga 19 March 2011.

ni je yg ada
                            Bab mengetag ni yang berat ckit. Nak tag sape yer.
                                               Ikut kata buah dadu la:
                                                         1.Apek
                                                          2.finie
                                                  3. sape² yang nak.
                                           
                                         Ok. dah siap. senang je kan.

Friday, February 18, 2011

Burger Special

As Salam...
Khas untuk penggemar burger tegar. Bagi yang duk Kuantan
mungkin dah kenal kot. Bagi yang diluar Kuantan kalau datang
jangan lupa singgah. Makan sambil burgermbira...


1.burgermbira...kalo makan rasa gembira riang ria
2.burgerlak...makan satu begelak ketawa, makan dua begelak ketawa terbahakbahak
3.burgergarr... lepas makan ada effcet goyanggoyang perot begegar
4.burgermaa...habis makan bunyi keroncong dalam perot tak bergema lagi
5.burgerlora(menu baru)...lepas makan hormon terestoron akan meningkat...aaa...(daging cincang salut cheese...best...)

6. yang lain kena rasa sendiri.

p/s. tolong promote jer. gambar & info copy 
dari ronin shidane kalau nak tau lokasi sebenar
boleh inbox kat dia. nnt dia belanja.hehe.

Thursday, February 17, 2011

AWAS!!! jenama tudung masa kini.

Sekarang macam² fesyen tudung.  Biasa nampak
orang pakai, tapi tak tau pulak nama fesyen dia.
Tadi blogwalking jumpa la nama² fesyen tudung
ni. Bunyi fesyen pun ada semacam klasik, moden,
ala-ala omputih pun ada. 

1. Tudung ‘Mickey Mouse’ -

2. Tudung Lilit -

3. Tudung ‘See Through’

4. Tudung Jambul -

5. Tudung ‘Singlet’ -

6. Tudung Saji

Disebabkan tak mintak izin, ambik tajuk² tudung
ni jer Kalau nak huraian yang lebih lengkap
berkenaan tudung² ni sila klik sini.

gambar hiasan dari fb Megat

Wednesday, February 16, 2011

SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS


As Salam.....
Sape tak kenal header ni??? Opkos semua orang
kenal kan. Kali ni nak join segmen lagi. Mana tau
boleh tambah kawan. Sesapa yang nak join gak
meh klik sini.

Tuesday, February 15, 2011

HeAdeR

As Salam...
Pada 8/2/11 dapat la menempekkan header baru. Ada
seorang yang baik hati tolong buatkan. Sebenarnya dah
lama dia nak buat (sebab disuruh) tapi atas sebab
teknikal jadi tertunda.Nak berkenalan dengan pembuat
header ni sila klik sini.
Dia ni baru je buat blog, sebab dengki tenguk orang lain
ada. Dia nak bisness. Jual ape aje yang boleh. Yang
latest dalam kepala dia nak jual header la. Yang sebelum
tu banyak dah. Macam-macam dia jual kat fb. Sesapa
yang nak kawin n perlu khidmat photographer pun boleh
cari dia. Untuk header sekarang ada ofer. Order satu dia
bagi dua free. 1+2=3.
Kalau ade yang berminat boleh la emel kat dia. Nak add
kat fb pun ok.Dia ni baik tau. Sebagai tanda terima kasih
tolong buatkan header dia telah membelanja makan nasi
arab. hehe...

Kehidupan & Masa Hadapan
ni la header pertama(mana tau nanti tukar lagi)...

antara header yang lain.
nak tepek kala mcm tak match dgn background.

p/s ada sikit kesilapan pada url                                                         

Monday, February 14, 2011

Tidak minta lahir begitu

Salam...
Hari ini adalah 14 Feb.
Sambutan hari kekasih tiada dalam agama kita.
Pada sesiapa yang dalam kad pengenalan tertulis 
perkataan Islam tak payah nak berangan 
menyambut hari yang sebegini. 15 Feb tahun ni 
adalah cuti umum sempena MaulidurRasul. Ni yang 
patut kita ingat dah hayati.
Cerita kat bawah banyak dah keluar kat blog lain
sebelum ni, tapi sengaja nak publish pada hari ni
untuk renungan kita bersama. Dapat dari akbar
Utusan Malaysia(26 Jan kalau tak silap)

PAPARAN kisah Mashalizah minggu lalu menarik perhatian seorang guru dari kawasan luar bandar untuk turut memberikan pandangan tentang masalah anak tidak sah taraf yang ramai di sekolah-sekolah sekarang ini.
Cikgu Nordarlina dalam e-mel yang dikirimkan dan ketika kami berbual panjang di telefon Isnin lalu turut melahirkan harapan agar pihak tertentu terutama ibu, penjaga, sekolah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran Negara turut memberi perhatian serius terhadap isu ini.

"Saya mengajar di luar bandar. Setiap tahun terdapat seorang, dua mungkin juga tiga orang murid yang tak sah taraf didaftar oleh penjaga di sekolah. Biasanya oleh nenek dan ibu kandung. Kita tahu anak-anak ini menerusi status maklumat tentang nama ayahnya, pekerjaan dan kad pengenalan yang ditulis "tidak diperolehi".
"Benar kata Mashalizah murid ini akan memencilkan diri, tidak berkawan dan bila ini terjadi sudah pasti pembelajaran mereka amat lemah. Bukan dia tak mahu berkawan, tetapi kawan-kawan yang menjauhkan diri daripadanya. Mungkin mereka sekampung atau kampung berhampiran dan kenal satu sama lain. Apabila jiran tetangga bersikap meminggirkan keluarga mereka secara tidak langsung ia menjadi ikutan.
"Lebih teruk lagi apabila nasib anak-anak malang ini juga menjadi bualan dan cemuhan masyarakat setempat.
"Jadi apabila di sekolah terpulanglah kepada guru-guru untuk mendekati, mendidik, merangsang dan mengasah potensi anak-anak ini. Mereka bukan bodoh, tetapi terpinggir dan tidak dipedulikan menyebabkan mereka tercicir dalam pembelajaran. Yang sedihnya ada kalangan guru sendiri memburukkan keadaan langsung tidak bersimpati, mencemuh dan membiarkan mereka duduk bersendirian di belakang kelas dan melabelkan anak itu bodoh.
"Sebagai contoh seorang guru di sekolah saya bukan sahaja mencerca murid tak sah taraf ini, malah menghebahkan keburukan ibu dan keluarganya kepada guru-guru lain dengan menggelarkannya "anak harimau". Secara kebetulan beliau kenal dengan keluarga anak tersebut. Maka perasaan buruk sangka dan melabelkan anak itu bodoh dan tak berguna tertanam di minda guru-guru.
"Saya pernah menasihatkan guru tersebut supaya berhenti memburukkan anak malang itu.

Friday, February 11, 2011

Madukan Nuffnang

Pada (9/2/11) dengan rasminya Nuffnang telah
dimadukan. Dalam blog ni la. Ada gak blog lain
yang telah memadukan lebih awal dari ni. Nak
tau sape madu yang dimaksudkan. Nama dia
'heartbeat'. Ada kat atas tu. klik yer.

Depa kata madu ni tak kan menjejaskan apa-apa.
Bagi blog yang memang tak penah dapat apa-apa
ni memang tak kisah la. Madu tiga ke, empat ke
biasa jer.  Konon-konon blog sekadar suka-suka.
Tapi kalau boleh dapat pendapatan sampingan 
tu kira macam dapat bonus la.

Bagi sape yang belum tau dan berminat boleh la 
klik sini. Kalau nak setia pada yang satu pun ok.
Tapi rajin-rajin la klik bila singgah sini. Sekali jer.
Terima kasih daun keladi, lain kali singgah lagi,
esok lusa klik lagi.

p/s terima kasih untuk yang beri maklumat.

Wednesday, February 9, 2011

Cicit kedua ibuku(kakak ku dah jadi nenek)


Ini la cicit ke dua ibuku. Seorang bayi perempuan.Dah umur dua
minggu. Tapi masih ada sikit kuning. Hampir masuk wad hari ni.
Tapi Alhamdullillah bacaan turun ke paras yang tak memungkinkan
untuk admit. Apa pun masih mengamalkan petua untuk menyembuhkan
kuning tu. Semoga cepat sembuh & cepat besar. hehehe.
Nak tau cicit pertama ada kat sini.  Dua-dua baby girl, bestnyer...

p/s gambar dari album Khairul Isma Mohd Isa.
      Dah jadi abah kau yer.

Monday, February 7, 2011

Mana satu jadi pilihan???

Salam...
Tajuk ni bukan pilih pakwe @ makwe nak couple yer...
Tapi tajuk untuk orang dewasa(18SX).  ^_^

Menjadi surirumah sepenuh masa adalah pilihan sesetengah wanita.
Tapi adakala keadaan memerlukan ibu bekerja. Demi membantu
suami menambah pendapatan, menanggung kedua orangtua,
membayar pinjaman ketika menuntut dan bermacam-macam lagi
yang tak tertanggung oleh suami seorang.
Tapi kali ni nak tau mana satu pilihan seorang ibu untuk anak yang
masih kecil dah perlukan perhatian yang sewajarnya.

Antaranya:
1. mengambil seorang bibik,
2. menghantar ke nursery atau
3. kerumah pengasuh(cth jiran yang dikenali & saudara yang
    tinggal berhampiran).

Semua tempat-tempat ni ada kebaikan dan keburukannya.
Kalau saya pasti akan memilih yang ke 3. Tapi bukan semua
orang bernasib baik boleh mendapatnya. Ada kawan tu baru je
pindah ke rumah baru awal tahun baru ni. Tetiba bibik dia lari.
Jiran pun baru dikenali dan hampir semua bekerja. Pilihan yang
ada cuma 'nursery'. Nak ambik bibik lagi pun dah serik. Agak
lama baru anak-anak dapat sesuaikan diri. Payah juga kan.

'Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan'

Salam...
Lamanye tak de entry baru. Tajuk tu pulak bukan ada
kena mengena dengan tak mengupdate blog.

Peribahasa orang dulu-dulu kan. Mendalam maksudnya.
Tapi kera disini bukan la bermaksud binatang yang
dalam hutan tu. Tenguk la kiasan dalam peribahasa
melayu kita. Tapi ayat ni masih relevan untuk digunakan
sekarang. Pandang je sekeliling kita, ada kala memang
patut kita umpamakan sesuatu kejadian seumpama ini.
Stop kat sini, entry pendek jer....
gambar hiasan dari fb


Tuesday, February 1, 2011

Nape cuti tak balik rumah mak sendiri(ada masalah ker?)

Salam...
Apa perasaan seorang ibu@bapa kalau masa 
cuti(tak kira U@kolej) anak tak balik umah. Kalau 
saya memang tak suka. Nak pegi mana-mana 
mesti kena report dulu. Kalau terjadi sesuatu 
yang tak diingini(bukan la mintak) senang nak 
bertindak kan. 
Tapi kadang pelik bila ibu bapa tak kisah anak 
tak balik. Bila anak kata pegi umah kawan terus 
je percaya. Napa tak siasat kawan yang bagaimana, 
kenapa. Sampai seminggu cuti pun tak balik. Mintak 
contact number mak@bapa kawan yang dia pergi tu. 
Kalau tak boleh nak jumpa pun cuba call tanya apa 
yang perlu.Apa yang berlaku disekeliling kita buat hati 
tertanya-tanya. Takkan perkara sebegini pun tak boleh 
nak fikir. Bila dah jadi sesuatu yang tak diingini pandai 
pulak nak menyalahkan pihak lain. 
Banyak masalah berpunca dari diri sendiri, walaupun 
ada yang berpunca dari pengaruh luar. Sama-sama kita 
pantau anak-anak tak kira lelaki @ perempuan.
gambar hiasan sajer.





GAMBAR – GAMBAR SEKITAR REVOLUSI DI MESIR

Salam...
Sama-sama kita mendoakan semoga pelajar 
Malaysia berada dalam keadaan selamat. 
Semoga dipermudahkan segala urusan & dapat 
kembali ke tanah air dengan selamat. Sila klik 
GAMBAR – GAMBAR SEKITAR REVOLUSI DI MESIR
untuk gambaran yang lebih jelas. 
Credit to melurjelita.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...