Pages

klik sini sekali

Wednesday, March 30, 2011

Disini ada kerja kosong...


Kali ni buat entry iklan. 
Tapi ni bukan ejensi pekerjaan yer.
Ada sesape yang sedang mencari kerja?
Sesape yang dah tak nak belajar lagi 
@ ibu-ibu yang anak dah besar,
semua dah sekolah, 
boring duk umah sorang-sorang boleh call yer.
Untuk yang tak @ belum bekerja saja tau.
Yang dah ada kerja tak yah la mohon.
Syarat memohon ialah tempat tinggal berhampiran.
Bukan la maksudnya dekat sangat.
Boleh agak kan ikut nombor tipun tu.
Jelas tak nombor tu?
Bagi yang tak nampak nombor dia ialah 03 4296 8373.
Guna hp cikai.bila zoom tu la hasilnya. 
snap dari bawah.^_^

Monday, March 28, 2011

10 ORANG YANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA

Assalamualaikum...
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu
sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat,
dan barang siapa yang tidak memelihara solat,
maka sesungguhnyasolat itu tidak menjadi cahaya,
dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat
baginya". "10 orang yang solatnya tidak diterima
oleh Allah S.W.T, antaranya:

1.  lelaki yang solat sendirian tetapi tidak membaca sesuatu.

2.  lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3.  lelaki yang menjadi imam tetapi makmum membencinya.

4.  lelaki yang melarikan diri.

5.  lelaki yang minum arak tanpa mahu bertaubat.

6.  perempuan yang suaminya marah padanya.

7.  perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8.  Imam@pemimpin yang sombong dan zalim.

9.  orang-orang yang suka makan riba.

10. orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perkara yang keji dan mungkar.


gambar sekadar hiasan
p/s sedut entry ni dari blog  CT NoArlzAh Arls. untuk kita sama-sama kongsi. terima kasih.

Friday, March 25, 2011

Kemana hilang kasih dan sayang

Assalamualaikum....
Ini adalah entry copypaste dari sini.  Mungkin ramai yang dah membacanya.


Sebak dada menahan hiba dan pilunya tatkala melihat sekujur tubuh kecil tanpa dosa, tidak tahu apa-apa dilayani dengan zalim dan kejam oleh yang melahirkannya. Sanggup melihat bayi yang baru lahir dalam keadaan begini, manusia apakah mereka ini. Begitu tega membuang bayi yang dikira masih bernyawa di pembuangan sampah, seorang bayi yang comel seberat 3.5kg sanggup seorang yang bergelar ibu melayan zuriat yang dilahirkan tanpa belas kasihan, lantaran binatang pun mengasihani anak-anak mereka.

Anak adalah anugerah Allah yang bukan semua orang akan mendapatnya. Setelah mendapat anak kemudian dipersiakan dan dibunuh. Juga amanah yang perlu dipikul oleh kedua ibu bapa. Dan akan ditanya di akhirat nanti oleh Allah apakah kita telah menunaikan dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.


Rasulullah s.a.w bersabda;

''Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni muslim) Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi."
(HR Bukhari)

Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas ibu bapalah yang menentukan samada anak-anaknya "menjadi" atau tidak.

Salam Ukhuwah..~

Thursday, March 24, 2011

Sape yang lebih tension

Salam...
Semalam 23/3/2011 keputusan SPM 2010 dah
diumumkan. Bagi yang berjaya dengan cemerlang
 'tahniah' diucapkan.

Masa nak periksa dulu ibubapa risau. Bila nak
ambik result semalam ibubapa pun turut berdebar.
Result ni la yang akan menentukan jambatan
untuk ke destinasi yang seterusnya. Sebab ni
la ibubapa pun jadi terlebih tension.

Bagi yang berkemampuan cemerlang atau tak,
bukan menjadi soal. Sekarang pelajaran dah jadi
satu perniagaan. Boleh je sambung pelajaran
dimana-mana.

Anak-anak @ adik-adik yang tidak cemerlang
diharap tidak berputus asa dan terus mencari
peluang    untuk     menyambung    pelajaran.
 'tidak cemerlang' hari ini bukan bermakna
kegagalan. Jadikan ia satu cabaran dan dorongan
untuk berusaha lebih gigih demi untuk masa depan.

Wednesday, March 23, 2011

Bunga pahar

Salam....
Entry lepas cerita pasal bunga telur. Kali ni ada kaitan juga.
Tak abis lagi cerita pasal kenduri kawin dan yang sewaktu dengannya.
 
Bunga pahar ni.
Yang ni pihak laki nak bawak gi nikah.
Pastu terus bagi kat pihak perempuan la.
Biasa letak kat depan pelamin. Kira jadi nasi tambah
(sebab depan pelamin memang dah ada bunga pahar).
Pihak perempuan pun kalau datang ke majlis sambut menantu
akan bawak juga bunga pahar.

Tu dia, bunga pahar yang sedia ada depan pelamin.
Letak telur masin tuh.
Sekarang macam-macam, kadang depa letak telur puyuh 3 biji.
Tetamu yang bernasib baik dapat la bawa balik bunga telur tu
setangkai dua.
Ye la, kalau datang awal dan balik awal tak merasa la.
Bila majlis sanding dah selesai memang tuan rumah
akan bagi tetamu bunga telur tu.
Dia nak simpan buat apa.
Suka sangat kalau dapat bawak balik bunga telur kan. ^_^

p/s credit to erik.qasz. sedut gambar. tq

Monday, March 21, 2011

Dulu-dulu dapat bunga telur...

Salam....
Banyaknya kenduri kawin sekarang ni. Tiap ujung minggu
ada je undangan. Kekadang ada yang tak sempat nak
pegi pun. Adik-adik blogger pun ada yang nak mengakhiri
zaman bujang tahun ni. Kepada yang berkenaan selamat 
berbahagia la yer....
Dah jadi 'adat Melayu'(bangsa lain pun sama kot) bila buat
kenduri mesti nak bagi buah tangan untuk tetamu bawa balik.
Kalau dulu-dulu bagi bunga telur, sekarang pun ada tapi dah
jarang sangat. Sekarang macam-macam benda bagi
menggantikan bunga telur. Ada yang berbentuk makanan
(kuih@buah²an), sabun mandi, barang perhiasan rumah dan 
ape² je la(mug, frame gambar, sudu garfu dll).
Ujung minggu baru ni ttm(bersama ahli kump marhaban)
dapat undangan di Seri Kembangan. Dia orang bagi paper
beg yang agak besar. Dalam ada cd, kain batik, mug n
bunga(telur diganti dengan jely). Banyak bajet depa ni.
Terima kasih.
Paling banyak dan biasa dapat kuih bahulu(tak pun muffin).
Masa mak kenduri adik pun ttm tempahkan kuih bahulu. Mudah
sebab banyak orang buat memang khas untuk suply kenduri.
Pilih je yang mana berkenan dari segi rasa dan bentuk pek.
Sekarang semua dah jadi lebih mudah.

gambar dari google
p/s orang jawa dulu-dulu bagi berkat nasi+lauk...

Friday, March 18, 2011

PESANAN UNTUK WANITA

Assalamualaikum...
Untuk kakak-kakak, adik-adik dan anak-anak...
Dapat sms ni dah agak lama dulu, tapi baru ni
ternampak lagi kat status fb seorang rakan.
Ada baiknya share kat sini supaya kita sentiasa
beringat-ingat.

'PESANAN PENTING UNTUK SEMUA WANITA YANG
PERGI KERJA, KOLEJ ATAU SEKOLAH SENDIRIAN'

"Jika anda terjumpa budak kecil sedang menangis,
yang memberi anda alamatnya dan meminta agar
anda menghantarnya ke alamat tersebut, sila
bawanya kebalai polis.Tak kira apa yang anda
mahu lakukan. Jangan bawanya ke alamat yang
diberikan. Ini adalah tektik baru untuk penjenayah
merogol wanita. Sila sms kan mesej ini kepada
semua rakan agar mereka boleh berhati-hati dan
memberitahu maklumat ini kepada rakan-rakan
dan ahli keluarga mereka. Terima kasih".
Dari ASP SUMAN KUMAR..D9 Bukit Aman.

gambar hiasan dari google

Betul ke tidak pesanan ini ada baiknya kita simpan
sedikit untuk bersangka buruk jika sendirian. Sekarang
macam-macam jenis manusia ni. Wanitayang selalu
menjadi mangsa.

Wednesday, March 16, 2011

Pesanan untuk lelaki

Salam....
Biasa bila nak ingatkan orang seperti untuk mengingatkan
diri sendiri. Tapi kali ni tak sebab ttm bukan lelaki & sudah
tidak perlu dijauhi @ menjauhi...^_^

Disini ada 9 sikap wanita yang perlu dijauhi. Bagi lelaki
budiman jauhi wanita yang bersikap begini:

1. Perasan cantik.
    Kadang tu memang dia cantik, tapi biarla dia tak perasan.
2. Ada 'sugar daddy'
    Berkait juga dengan yang no 1. Kalau dah perasan cantik
    macam-macam boleh jadi.
3. Pandai ambil kesempatan.
    Bahaya juga kalau tak ingat dosa & pahala.
4. Suka mengongkong.
    'Queen control' la kan. Kalau anda 'king control' kira
    'bertemu buku dengan ruas'. ok kot.
5. Mahu sempurna.
    Dah nama pun manusia, diri sendiri tak sempurna nak
    orang lain sempurna. Mana aci.
6. Selekeh.
    Duk umah selekeh, bila keluar bergaya sakan. Biar la kemas kan.
7. Suka mengharap.
    Tak ramai kot golongan ni, sebab wanita sekarang dah pandai berdikari.
8. Terlalu cemburu.
    Cemburu tanda sayang, kalau cemburu buta? 'rimas' jauhkan la.
9. Tidak berhati-hati.
    Dalam perbuatan & kata-kata.
gambar hiasan(tak berkaitan dengan entry)
p/s sumber sila klik sini. Banyak lagi maklumat berkaitan.

   
   

Monday, March 14, 2011

Nasib Baik Lagi

Salam....
Pernah tak anda terlupa? Mesti pernah kan. Tanya & jawab sendiri.
Satu petang(masa tu puasa) ttm ajak anak gi pasar malam.
Nak cari makanan sebab penat tahap gaban & tak de
mood nak masak.

Sampai kat pasar terus kuar keta & kunci semua pintu(keta
buruk tak de alarm). Anak-anak pun dah biasa terus je kunci
sebelum tutup. Dengan enjin keta yan masih hidup, hp pun
duk kat dalam keta. Biar betul nie.

Dengan muka tak malu(tebal juga muka) pinjam la hp kat salah
sorang yang meniaga. Call my Mr mintak tolong dia hantar kunci
pendua. Dia yang masih keje balik umah amik kunci & hantar
pulak. Sian gak. Dia bagi kunci & terus balik semula. Ingatkan
dia marah.

Malam tu lepas dah berehat dia cakap. Nasib baik bukan dia
tertinggal kunci&hp kat dalam keta, kalau dia tak tau nak buat
mcm mana sebab no hp saya pun dia tak pernah ingat. Sabo
ajer la. Dia tak ingat nombor sape pun. Semua berpandukan
nama yang dah setting kat hp tu....

Click to view the next image.
gambar hiasan dari mudah.my
p/s kita pun cuma ingat nombor yang penting jer.

Saturday, March 12, 2011

Suka DiReview???

Assalamualaikum...
Suka tak kalau blog anda direview???
TTM suka sangat, tak kisah la kalau dia
nak tegur apa saje kekurangan yang
ada.

Yang sebenarnya kali ni ika lak review.
Dengan cara ni boleh la pengunjung
blog ika terus juga singgah ke blog ni.
Dan pengunjung blog ni singgah ke
blog ika juga. Kira macam buat promosi
jugak la selain dapat mengeratkan
silaturrahim secara maya.

Kalau ada sesapa  yang nak review blog
ni sila la yer. Kalau ada yang buat segmen
biasa juga join...Nak ke blog ika sila klik sini.
Thx ika...
Nurul Atika

Wednesday, March 9, 2011

Asal Usul Siput Babi

Salam...
Pada zaman dulu-dulu siput babi ni tak wujud lagi. Tak tau la dulu yang dimaksudkan tu tahun bila. Masa tu ada seorang kenamaan di sebuah negeri(dirahsiakan) beristerikan seorang perempuan yang cuma bekerja di ladang sebagai pemerah susu kambing(@lembu x pasti). Perempuan tu pada pandangan mata tak la cantik(dengarnya kulit hitam legam macam negro), ye la bekerja di ladang kan.

Orang kenamaan tu sebenarnya dah pun beristeri. Tapi dia kawin juga perempuan tu sebagai isteri kedua(@ketiga pun x pasti). Selepas kawin perempuan tu betul-betul disayangi, melebihi isteri yang terdahulu. Biasa la mulut orang kan. Bila keadaan macam tu dikata la prempuan tu kenakan(bomoh) suaminya tu.

Dan siput babi ni muncul setelah kematian perempuan tersebut. Dengarnya semasa nak dikebumikan banyak siput datang mengerumuni kuburnya. Siput itulah dinamakan 'siput babi' dankewujudannya kekal hingga ke hari ini.
Tak de dalam sejarah kan. Citer ni disampaikan dari mulut ke mulut sebab melibatkan orang kenamaan. Sejauh mana kebenarannya pun tak dapat nak dibuktikan.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
gambar dari google

p/s  sumber 'Rindu Cintaku' karya Fauziah Ashari.

Tuesday, March 8, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU by Ben Ashaari

[BANNER BEN ASHAARI[4].jpg]
Salam...
Kali ni ibu-ibu je yang boleh join segmen ni. Bagi anak dara @ isteri orang yang belum jadi ibu kena tunggu la yer. InsyaAllah akan datang Ben  buat lagi.

Saya seorang ibu kepada empat orang anak lelaki yang berumur antara 18 hingga 8 tahun. Seorang kuli kepada syarikat swasta(sykt kecik jer, tak femes pun), surirumah(macam bibik la) dan driver pada anak-anak yang sekolah rendah. Kira jadual harian(isnin sampai jumaat) agak padat, lunch hour pun kadang tak sempat makan. Tapi boleh tapau & melantak kat opis. Semua kena pantas, sebab nak bukak blog & nak join segmen lagi.

Kenangan manis sebagai seorang ibu apabila anak-anak lulus cemerlang dalam peperiksaan.

Kenangan pahit rasa macam takde jer. Biar pun pahit terus kutelan tanpa sempat dirasa. hehehe.

Kata-kata khas buat suami "i luv u, thx 4 everything".

Nasihat buat anak-anak: belajar bersungguh-sungguh demi masa depan dan berfikir sebelum berbuat sesuatu.

Harapan semoga anak-anak mendapat keberkatan didunia dan Akhirat. Berjaya dalam hidup di samping tidak pernah lupa pada Pencipta.

Nasihat buat anak-anak gadis 'jaga diri, jaga tingkah laku dan tutuplah auratmu'.

p/s selepas segmen exp tersenarai disini. thx Ben.

Monday, March 7, 2011

Award dari cik ezy


Salam...
Terima kasih khas buat cik ezy.
Biar la hanya gambar yang berbicara, sebab tuan punya blog nak gi jalan².
Lepas tengok award ni boleh la berkenalan dengan pemberinya yang kreatif.
Apa lagi jom la klik sini. Tak pun sini.

Saturday, March 5, 2011

Award Untuk Follower dari Asyraf

Photobucket
Salam.....
Penghargaan untuk semua follower Asyraf .
Dia dah suruh, ambik n tepek jer.
Terima kasih yer.
Jom ramai² klik sini dan jadi follower.

Friday, March 4, 2011

MELUR JELITA DATANG...JENG JENG JENG!

Join segmen blog review lagi. sebelum ni dah pernah join klik sini & sini


Salam...

Kakak kita yang jelita ni buat segmen la ari ni. Syarat yang dia
bagi mudah, jadi jangan ada yang silap ok. Sebab kalau silap
nanti dia geget...Sesapa berminat nak join meh klik sini

Nak promote sikit blog ni(macam bagus).  Sebelum ada ttm
blog melurjelita la tempat lepak. Siap tido baring kat blog ni.
Tuan punya blog baik n peramah,  tak kisah pun kita nak lepak 
lama mana. Dia tetap melayan bagai tamu vvip.  Tapi lama-lama
malu la pulak. Tu yang timbul idea nak bikin blog sendiri.  Tapi
blog ni tetap dikenang sebagai cinta pertama. hik hik.

Yang kat luar-luar blog nak citer ke? Baru jumpa sekali jer, tapi
rasa nak jumpa lagi. Tak tau bila. Tunggu Mr Jelitawan dia balik
beraya kot. Mr Jelitawan dia my senior masa sekolah dulu. Kira
melurjelita ni kakak ipar pun boleh la. Eh boleh ker???Kakak ipar
gitu² jer...ye kak yer. Bukan betul-betul....

p/s boleh gak klik banner kat side bar.  ^_^

Berinai lagi

Salam...
Ngantuk sungguh pagi ni, gara-gara tidur lewat dan
tidur tak lena. Sebab apa? Adik sepupu yang nak
kawin kita pun sibuk nak pakai inai sama. Tau je la
bila dah pakai inai mesti nak jaga-jaga. Silap-silap
nanti bukan jari je yang merah. Nanti tilam bantal,
dan lebih parah kalau muka pun merah-merah.  Sejak
sendiri kawin dulu rasa inilah baru nak berinai lagi.
Masa adik kawin baru ni teringin nak pakai tapi depa
tak bagi, banyak keje nak kena buat. Simpan inai dalam
peti ais, abis majlis balik KL lupa nak bawak.

gambar hiasan search google
Malam tadi makcik buat doa selamat, esok anak(laki) dia
nak nikah. Orang laki pakai inai 3jari jer. Yang lebihnya untuk
elak pembaziran amik la sape-sape yang nak. Jadi pagi ni
merah menyala kuku & hujung jari. hikhik...

p/s tak abis-abis kenduri kawin. tiap ujung minggu gantung kuali.

Tuesday, March 1, 2011

Penat tapi berbaloi

~Majlis Perkahwinan Raihatul Syahmy & Kamarul Nizam~ [HQ]

Majlis hanya ada makan-makan dan berkenalan sesama
saudara-mara.Yang selebihnya masak-masak dan membasuh
periuk belanga, sebab tak guna khidmat catering. Selain
nak jimat kos boleh la tunjuk bakat memasak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...